July 31, 2011

Julai sudah habis bro.

Julai nak abes dah. Ape je yang kamu buat? Aku sedang bersiap-siap nak masak sambal ikan bilis dan kacang. Aku panggil lauk ni 'Alat Bantuan Makan' di waktu bulan puasa. Tu termasuk la dengan papedom. Tanpa 'Alat Bantuan Makan' ini, alamatnya sahur tidak bermakna. LOL.

Demam hilang sudah. Tapi selsema memang cukup menjengkelkan. Hari-hari tidur dengan hidung tersumbat. Belum lagi part meleleh tu. Rimas! Padan muka aku la sebab 'ketegaq' tak mau pi klinik. Pemalas, Penyegan ya amat. Ada sesapa nak offer diri bawak dating dengan doktor tak?

Selsema ni omputih panggil 'runny nose'. Ni bukan bermaksud hidung anda berlari pecut 100m ye. Owh tidak sama sekali. Kalau tak panggil 'runny nose', depa panggil 'stuffy nose'. Ini juga tidak bermaksud hidung anda Hot Stuff walaupun hidung anda mancung mengalahkan Menara Komtar. Aku rasa mereka gunakan terma 'runny' kerana pergerakan hingus berkenaan. Sama la jugak dengan 'stuffy' yang membawa maksud block. Ni aku share saja. Paling-paling pun nanti kita tak salah 'interpretation' time kawan-kawan gunakan term tersebut. (Kalah mengajar vocabulary nih. Kalau dah cikgu tu, cikgu jugak!)


Hari ini aku baru dapat tahu Lagenda 'Crush' aku dan kawan-kawan telah bertunang tahun lepas.
(ada rasa nak teriak berguling-guling jatuh gaung tak? haha)
Apa tu Lagenda 'Crush'?
Dahulu ketika aku dan kawan-kawan masih belajar di UiTM Shah Alam, kami minat pada seorang mamat yang sama. Jangan kata kami, aku rasa hampir satu kampus Seksyen 17 kenal mamat tersebut. Penangan panah chenta monyet ini boleh buat hati bonge-bonge. Dapat naik bas yang sama dengan beliau sudah boleh buat kami rasa bahagia sepanjang hari! Epic bukan? Ini zaman jahiliyah dahulu kala yek. Aku pula berpeluang bermain bola tampar dengan beliau setiap petang. Semestinya mengundang api cemburu bola-bola api di kalangan kawan-kawan. Maklumlah, ada 'direct contact', boleh bersembang-sembang, nak di bandingkan dengan mereka yang hanya mampu melihat dari kejauhan sambil menelan air liur. What a very good old days!
Aku doakan dia dan jodohnya bahagia sampai ke syurga.

Itu sahaja buat kali ini. Tak sabar nak pegi terawih malam karang. Orang dok selalu nak beli baju raya untuk Syawal. Tahun ini mak hadiahkan telekung baru untuk terawih dengan pesanan yang berjaya buat aku 'ketaq' lutut, "Nah mak belikan telekung baru. Rajin-rajin solat. Solat tak mau tinggal tau!"


Kalau hangpa jadi aku, Hangpa ketaq dak wei???
ailebiu mak! ♥

No comments: