Sudah hampir penghujung Julai. Ogos sudah mengintai-intai. Aku juga sudah mula mengintai-intai resipi untuk dimasak di bulan Ogos nanti. Ramadhan bakal menjengah tak lama lagi. Pesta memungut pahala akan bermula esok. Aku berazam untuk berterawih setiap hari. Mudah-mudahan makbul impian yang satu ni.
Semester baru ini memang cukup warna warni. Aku yang terkenal dengan hati gula-gula kapas berwarna pink ini mampu mengamuk di dalam kelas dalam kadar menahan sabar yang hampir nipis. Mengejutkan bukan? Manusia berubah juga kadang-kadang. Aku harap Ramadhan kali ini akan tambahkan lagi tahap kesabaran yang ada. "Top-up" balik kesabaran yang hilang. Aku juga berharap di bulan mulia yang mana syaitan diikat ini, takkan ada lagi 'syaitan-syaitan' yang terlepas dari ikatan dan cuba mencabar kesabaran. Marah itu tidak menyeronokkan.
Here, aku share satu lagi vidclip terbaik dari Encik Anwar Hadi. Awat la hang ni comei sangat???
Till then peeps. Selamat datang Ya Ramadhan. Moga kita dilimpahkan rahmat di bulan penuh keberkatan ini. Amin.
No comments:
Post a Comment