Aku teramat 'excited' untuk berterawih. Jam 8 malam, aku sudah bersiap sedia. Siap-siap dinner, siap-siap solat Isya' di rumah. Tepat jam 8.50 aku bergerak ke surau berdekatan dengan hati bunge2. Senyum meleret macam mau berjumpa chenta.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku memang SUPER EXCITED. Macam budak-budak yang dapat gula-gula. lepas tu makan tak ingat sampai jadi 'sugar rush'. Punye hebat rasa excited aku ni.
Kemudian, seperti kebiasaan, Imam minta luruskan saf dan terus mengangkat takbir. Dan ketika itulah kejadian EPIC terjadi!
Baru aku sedar kain sembahyang tertinggal di rumah!!!
Dok pakai telekung je sampai lupa kain tertinggal. Selalu nak solat memang pakai sepasang tapi semalam boleh lupa pulak dah. Kawan aku mahu menghamburkan ketawa tapi terpaksa cover-cover. Tak senonoh punye perangai. Nasib la di surau itu ada kain extra. Pakai je yang mana ada. Epic sungguh. Telekung bunga hitam, kain bunga biru. Pelik betul.
Aku tahu aku punya keupayaan untuk buat lawak tapi aku tak sangka sampai ke tahap itu. Nasib la makcik sebelah tak perasan (atau buat-buat tak perasan). Mendapat la aku dibahan sampai habis Ramadhan.
Jadi malam ini aku akan check semua sekali sebelum aku ke surau.
Jangan nanti terpakai 'shorts' pulak ke surau tanpa kain.
Adeh~~
No comments:
Post a Comment