Andai aku punya kekuatan
Akan aku muntahkan segala kekalutan
Akan aku laungkan
Isi hati paling dalam
Andai aku punya kekuatan
Tidak akan aku pedulikan kamu
Tidak akan aku menoleh kepada kamu
Tidak akan aku beri kesempatan waima sezarah
untuk kamu Singgah dalam hati
Kerana persinggahan itu mungkin menjahanamkan aku
Andai aku punya kekuatan
Aku akan pentingkan diri
Tanpa perlu memikir kamu
Atau kamu
Atau kamu
Malang...
Hati aku rapuh
Hati aku lumpuh
Maka aku tidak mampu menolak kamu
Walau akal selalu mencari jalan keluar
Tahniah Hati
Teruslah jahanamkan diri sendiri.
Air mata jangan tumpah
Biar saja tergantung di situ
Jika ia tumpah
Luka akan lebih merekah
Dan kamu tetap hanya terpaku
Menonton kepedihan aku
Menonton kejatuhan aku
Menonton kemusnahan hati kudus itu
Teruslah menonton
Teruslah ketawa
Aku tidak perlu kamu
untuk nikmati rasa yang sama
No comments:
Post a Comment