April 08, 2011

Nota untuk 'Aleng'

Aleng,
Kamu sedar tak dah 6 tahun kita kawan? Wooowwww!! Lama kan? Rasa macam baru semalam aku kenal kamu.

Aleng,
Kamu ingat lagi tak macam mana kita kenal? Seingat aku, kita kenal sebab kita main volleyball sama-sama setiap petang. Dulu aku takut nak tegur kamu sebab kamu macam garang. Tapi sebab aku nak kumpul team, aku tegur juga. Lepas tu kita jadi kawan baik sampai sekarang!

Aleng,
Kamu ingat tak, tiap kali aku nak pegi dinner, senang je aku panggil kamu. Aku pegi tepi post guard, aku laung nama kamu. Tak sampai 2 minit, dah terpacak muka kamu tepi balkoni. Kamu duduk Blok 12, tingkat 2 kan? Sampai sekarang aku ingat kat mana rumah kamu tu.

Aleng,
Kamu ingat lagi tak masa hidung aku kawan kamu hentak sampai retak? Kamu banyak tolong aku. Darah melimpah ruah tapi kamu cool je.  Aku cuba berlagak cool tapi tak jadi. Pedih amat. Kamu ambik ais letak kat hidung aku. Setiap kali pegi check up, mesti kamu teman aku pergi hospital. Walaupun tidur itu lebih nikmat, tapi kamu sanggup bangun subuh-subuh untuk hantar aku. Aku berterima kasih ada kamu.

Aleng,
Kamu ingat lagi tak masa kamu nak terbang sambung study? Mula-mula kamu tak setuju untuk terbang ke sana. Aku tahu kamu sedih tak dapat terbang sama kawan2 lain. Tapi ada hikmah kan? Kamu ingat lagi tak malam sebelum kamu fly, kita lepak mamak sama-sama. Tiba-tiba aku nangis tak berhenti. Aku nak berlagak cool tapi tak boleh. Air mata aku luruh mengalahkan banjir. Buat malu nangis tepi post guard. Tapi paling Epic masa aku hantar kamu kat KLIA. Aku menangis lagi. Kalau tadah air mata mungkin penuh satu tempayan. dah macam hantar boyfriend. Padahal kita kawan baik. Buat malu depan family kamu. Mata aku bengkak teruk nangis sebab kamu dah fly.  Seminggu aku nangis teringatkan kamu. Dramatik sungguh aku. Sungguh aku rasa kehilangan kamu.

Aleng,
Kamu ingat tak kamu ada kuasa telepati? Setiap kali aku sedih, aku ada masalah, aku tak payah bagi tau kamu. Kamu tahu sendiri. Macam tahu2 aku perlukan kamu. Kamu tak kisah call aku jauh2. banyak la pulak duit kamu call aku. India-Malaysia memang sebelah rumah ke Leng? Setiap kali kamu ada, aku mesti tenang, aku bahagia. Kamu tak pernah lupa harijadi aku. Kamu memang terbaik la! Aku bersyukur ada kawan baik macam kamu.

Aleng,
Kamu tahu tak, sekarang aku selalu teringat kamu? Dah lama kita tak sembang kan? Aku super rindu kamu! Tahap dewa aku rindu kamu. Kita dah busy. Agak jauh kita sekarang. Tapi aku tak pernah lupa kamu. Kalau kamu dah habis study nanti, kamu balik Malaysia, jangan lupa jumpa aku. Kita boleh lepak macam dulu. Tapi sila jangan sembur aku. (aku tahu kamu mesti ingat kejadian sembur ni).


Kamu ingat lagi tak benda ni? Kamu yang bagi. Aku tengok hari-hari. Sumber motivasi la ni hihi.
Ini lagu kamu dengan aku. Lagu kita. Nak dengar? Meh aku bagi LINK.

Aku sayang kamu. 
Kawan aku, Teman aku, Sahabat aku.
Jangan hilang dari aku. 

Aku takkan dapat pengganti kamu.

No comments: