Program Outreach itu kursus English untuk SPM leavers.
dah habis 9 minggu dengan budak-budak itu
kejap pulak rasanya masa berlalu
Disebabkan hari ini hari terakhir dengan budak-budak
maka berlakulah satu Farewell Party
Tanpa segan silu dan tawaduknya
Aku di perintah menjadi emcee
Tahniah!
Aku memang menurut perintah...~~
Kalau aku tau, lama aku apply mc! kekeke
Ada kejadian epic sebentar tadi
aku panggil boss untuk beri ucapan
tiada English dalam ucapan beliau
tak sempat siapkan ucapan dalam English barangkali
tapi paling epic ialah...
"Terima kasih diucapkan kepada Cik FARIZA selaku pengerusi majlis... bla bla bla... Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah English untuk program ini iaitu Cik Fariza, Cik S bla bla bla"
WOOOOWWWWWW!!!
Setuden sudah senyum2 tersiput2
Rakan sekerja saling berpandangan dan menyimpan ketawa
Ketua Jabatan bagi pandangan sambil mengangkat kening
Haihhhhhh~~ -_-"
Suda 2tahun aku di sini, nama aku pun ubah suda!
so starting from now, I am Miss FARIZA!
atau nama gediknya, JIJA!
comel tak???
Susah rupenye nak sebut nama aku
aku sudah bertembung dengan banyak kejadian
Pelbagai jenis nama orang panggil
Fadil, Fadhilah, Faridah??? (ape kena mengena Faridah???)
and now... FARIZA!
tapi kalau kamu perasan, nama yang lain itu ada jugak sangkut pautnya. ada bunyi 'D'. tapi utk nama FARIZA... celah mana pulak ade 'D' di situ???
Adakah ini karma?
kerana masa kecik, parents nak bagi nama Fariza Mazni tapi tak jadi
mungkin ini masa yang aku ada jodoh dgn nama FARIZA
so peeps...
I am FARIZA
the new me!
I am JIJA!
![]() |
| credit to: http://www.clipartoday.com/clipart/cartoons/cartoon/cartoon_269379.html for pics |
eeeuuuuwwwwww~~
Geli geleman bunyinya
sangat la takdak chemistry.

No comments:
Post a Comment