Mendung cuaca
Mendung hati
Berakhir semester 2 selepas selesai menjawab "final exam". Masih berbaki 2 semester.
Semalam juga berlaku peperangan hati. Hati, akal dan nafsu tidak seiring. Maka komplikasi berlaku yang mana aku tidak mahu bahas lagi. Biarkan ia begitu sampai masa ia pergi di bawa angin dan arus.
Hari semalam makin menjengah senja. Tiba-tiba terima panggilan mengatakan pelajar aku sudah tiada.
Aku yang masih letih kerana perjalanan pulang, masih tepisat-pisat menjawab panggilan dan hampir luruh jantung bila tahu perkara sebenar.
Arwah Muhammad Zulfadhli Izhar...
Pelajar aku kelas PIP B.
Telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam kerana tergelincir di Lata Kinjang, tersepit di celahan batu dan lemas. Hari ini jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang.
Aku telah menziarahi jenazah bersama kawan-kawan beliau petang semalam. Sesampainya di sana, semua telah selesai. arwah telah dikafankan dan hanya menunggu untuk dibawa pulang ke kampung.
Sedih... Ya... Sedih...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment