Aku rasa aku cukup menjadi diri sendiri
Langsung tidak berusaha untuk menjadi orang lain
Langsung tidak peduli mulut-mulut ahli mesyuarat pukul 5 mengumpat aku
Pedulik...
Seperti mana kamu lihat aku di tempat kerja
Itulah juga aku di rumah
Tapi di rumah, aku mungkin hidup dalam dunia aku
Cuma sekali aku berbunyi, makna katanya berhambur ketawa datang dari adik
Aku tak rasa aku kelakar...
Kelakar ke??? (wondering...)
Aku sangat lalala dengan kawan-kawan mahupun students
Tiada istilah "split identity"
Dan jika kawan-kawan tegur aku Cantik pada hari itu,
Aku akan jawab "Time Kasih!" (sambil berkerdip-kerdip mata. Bajet comel! perrrghhhh!!)
kalau masa itu aku dalam mode "vain"... Aku akan jawab:
"Ya.. I know" or... "Tell me something that I don't know" (dan seterusnya ketawa)
Yang ni namanya Bajet Hot. Riak, takbur lengkap satu pakej!
Walaupun aku agak selamber
Tapi ada juga part yang buat aku blushing.
Apa kau ingat aku tidak tahu malu???
Pernah sekali seorang student datang kepada aku
Owh... aku tak pernah mengajar beliau
Hanya nampak beliau ada di kolej...
Dia datang kepada aku dan berkata...
"Saya tengok Miss ni semakin hari semakin cantik!" (sambil tersenyum)
Aku jawab...
"Owh.. yeke? terima kasih" (aku tersiput-siput. muka aku merah sudah... berusaha berjalan laju-laju untuk mengelak beliau)
Ikutkan aku tidak tahu mahu reply apa... serius malu!
Kalau students sendiri memang aku selamber
Tapi kalau strangers ni... "ketaq lutut cek!"
Aku tidak rasa aku cantik
Aku tidak ber'make-up'
Aku adalah manusia simple yang kurang ambil tahu tentang kecantikan.
Tapi aku tahu...
Pulau Perhentian itu cantik.
Perangai manusia juga ada yang cantik.
Dan wajah bukan sahaja ukuran utk dikatakan cantik.
Sebab itu...
Aku setuju sama MatLuthfi ni...
Aku kagum dengan kawan dia!
sanggup pulak melayan kesengalan si matLuthfi nih.
Tapi aku rasa, aku pon akan buat benda yang sama kot kalau kawan aku sengal macam aku!
Sengal pun cantik dan comel kan???
*wink wink*
No comments:
Post a Comment