Title tak boleh kontroversi lagi. kihkihkih
OP tu sape?
OP tu nama jentera berat saya. I mean, kereta saya. OP stands for Optimus Prime (Ketipang Payung). Yang ketipang payung tu, Godfather dia bagi nama. Saya suka bagi nama kat kereta saya. Saya tahu anda rasa pelik. tapi tak cukup pelik lagi sebab anda tak penah tengok saya bercakap dengan OP. Kawan-kawan saya dah lengai tengok saya bercakap dengan jentera berat saya hari-hari.
Ape yang patah kaki?
Tayar OP kena paku. Tahap tak boleh tampal. Kena beli baru. 15hb April genap 2tahun umur OP. Anda nampak tak yang saya kena berkorban untuk OP?
'Kaki' baru + renew birth certificate OP = Mommy OP makan pasir sementara tunggu next gaji.
Nak tengok kecederaan OP? ha.. ni gambor nye.
Nampak tak sampai timbul kot paku ngek tu! Ni dah hantar kat kedai tayar. Orang tolong repair sikit. Dia kata boleh tahan sehari dua je 'kaki' OP ni.
Kalau anda perasan, saiz 'kaki' OP ni 16.
Orang kata saiz 16 susah nak jumpa.
Jadi anda faham kan... Kalau susah nak jumpa, mahal la harganya.
Rabak hati saya memikiorkan budak OP nih.
Ini baru kereta. Kalau anak sendiri, macam mana la pulak gundah gulana hati saya?...
Seperti biasa, Abah adalah satu-satunya orang yang saya harapkan.
Kalau abah tiada, saya akan hilang arah. Tidak tahu mahu minta tolong siapa.
Malu jugak...
Sudah sebesar ini, masih harapkan Abah. Sakit pun abah jugak yang hantar ke klinik.
Batuk tengah-tengah malam pun, Abah jugak yang bagi ubat.
Sayang Abah! Abah memang terbaik!
Kalau nak kawin, nak bakal somi macam Abah.
Yang boleh jaga saya macam abah jaga saya.
Sekarang baru saya tahu, saya tak boleh hidup tanpa lelaki.
Kalau jadi kes-kes macam ni, termasuk la kerosakan laptop, saya mesti cari lelaki.
haaaiiihhhhh....
baru sedar...
Penting rupanya Lelaki dalam hidup saya!
2 comments:
get ready la lepas ni.hehehehhe.....
Zilla: i dah tak kesah dah. janji ada orang bleh tolong I tukar tayar keta. hahaha
Post a Comment