Kamu masih ingat entry ini? Tentang Timah dan Bedah. Ni ada lagi cerita tentang mereka.
Suatu malam yang agak hening, Timah dan Bedah dalam perjalanan pulang ke rumah setelah 'sengkak' menjamah makan malam. Tak padan dengan perut yang 'sengkak' (bermaksud terlalu kenyang) mampu lagi menelan aiskrim Tutti Fruiti yang amat sedap. Ini contoh yang tidak baik. Sila jangan tiru.
Seperti kebiasaan, mereka berdua selalunya gemar berkongsi pandangan tentang hidup dan segala macam isu semasa ataupun isu tak berapa semasa. Jadi, sepanjang perjalanan ke rumah, mereka bersembang dan berkongsi pendapat. Kemudian, Bedah memulakan satu topik...
Bedah: Timah, hari tu, budak-budak aku ada tanya, apa perasaan aku kalau kawan-kawan aku kawen. Lepas tu aku kata la, happy tapi sedih pun ada sebab nanti sapa nak lepak dengan aku? Nanti depa dah kawen, mana ada masa depa nak lepak dengan aku. Kang laki depa marah pulak dah. Yela, syurga pun dah tukar tapak kaki. Dulu tapak kaki mak. Lepas kawen, tapak kaki somi pulak.
Timah: Ha, tau pun kau. Ingatkan tak tau. Tapi betul la tu. Kalau kawan-kawan dah kawen, memang la tak sama dah macam dulu.
Bedah: Nanti kalau ko kawen, aku tak dak geng la wei. Hat sorang tu macam tunggu masa ja. Paling-paling pun jalan ke arah tu dah ada. Ala... nanti aku tak dak geng la nak lepak, layan movie segala bagai.
Timah: Ooo... ko fikir ko je kan? Ko tak fikir nanti kalau tiba-tiba ko kawen dulu, aku ni lagi tak dak sapa? Ko cepat-cepat la habis belajar. Lepas ni kita pi study abroad pulak. Hahaha
Bedah: Kalau aku kawen dulu, mesti aku cakap kat somi aku nak lepak dengan ko. Lepas tu, cukup sebulan, somi aku mengamuk sebab asyik dengan ko je. Nanti mesti somi aku kata, pi la kawen dengan Timah tu, dah asyik nak berkepit dengan Timah je. Pastu aku jawab, sebab Timah tu pompuan la saya tak kawen dengan dia. Hahahaha
Selepas perbualan itu, barulah Bedah tau, dia dan Timah sama-sama akan rasa sunyi kalau salah sorang dari mereka akan bertemu jodoh. Memang la orang kata, "Friends forever", tapi kalau dah kawen, ada komitmen, semuanya akan berubah macam 360darjah. Ini fakta benar.
Apa sahaja perkara yang benar memang kejam. Haha
2 comments:
salam ziarah
En. Mohammad: :)
Post a Comment