Memang September itu ada indahnya. Ada juga warna hitamnya.
Fitrah alam.
Aku sedang mencabar diri sendiri untuk semester ini. Masih ragu-ragu membuat keputusan tentang subjek yang harus aku timba ilmunya. Pada mulanya, aku nekad mahu mengambil 3 subjek sahaja. Agak pengecut mahu meredah rintangan 12jam kredit untuk semester ini. Sedangkan 9 kredit sahaja sudah mampu buat hidup aku cukup kecamuk dan celaru. Bagaimana mahu mencabar diri sendiri dengan 12jam kredit? Knowing me... Pemalas, mengada-ngada, cengeng, yada yada yada... Agak sukar mahu mendisiplinkan diri untuk redah semua itu. Tetapi dilema ada di merata-rata. Banyak perkara perlu diambil kira.
Confusion... Confusion...
September juga berbuat kejam kerana Mak dimasukkan ke hospital. Keracunan makanan. Tahniah kepada kalian yang telah sediakan makanan di Jamuan Raya Kerajaan Negeri. Sampai seminggu mak kena bertapa di hospital. Aku berani jamin, mak takkan pergi ke jamuan seumpamanya di masa akan datang. Tahniah sekali lagi sebab berjaya mewujudkan rasa fobia kepada mak. Korang memang berjasa! (beri tepukan gemuruh)
Time management dua tiga menjak ini sangatlah cantik. Pandai sungguh aku atur itu dan ini dan kemudiannya baru aku sedar, aku perlu potong diri kepada dua untuk berada di tempat berbeza pada masa yang sama. Aku perlukan P.A kalau terus macam ni. Bajet artis sampai kena ada P.A sendiri. Padahal sendiri jugak yang vunguks kerana tak reti uruskan masa. Padan muka aku!
September yang kejam akan berakhir beberapa hari lagi. Moga Oktober menjanjikan moment yang lebih indah. Cukup-cukup la berlaku kejam. Kamu tak tengok lagi kekejaman aku macam mana. Hoho!
(Ye, ada unsur-unsur ugutan di situ)

No comments:
Post a Comment