September 06, 2011

The Bittersweet Syawal 2011

Rumah Opah di Bota Kiri, Perak

Syawal...
Tahun ini aku kurang sakan beraya. Lepas balik ke kampung, terus duduk di rumah dan terus jadi bibik sepenuh masa. Maklumlah, orang lain cuti raya seminggu, aku cuti raya dua minggu. Macam tu yang katanya tak sakan beraya? Mesti la tak sakan sebab aku hanya duduk di rumah. Tidak ke mana-mana. Pegi beraya rumah kawan-kawan pun tak. Tak macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Yela... Kawan-kawan pakat dah kawin. Masing-masing nak balik kampung spouse segala bagai. Jadi aku lagi selesa duduk di rumah.

Syawal tahun ni, ibu saudara telah kembali menghadap Sang Maha Pencipta. Terjatuh di rumahnya sendirian. Anak-anak semua dah pulang ke rumah masing-masing. Rasa macam baru sangat aku pegi beraya di rumah arwah. Begitulah rutin setiap tahun. Mesti pergi beraya di rumah arwah waktu petang Raya pertama. Tahun ini, arwah macam agak diam berbanding tahun sebelumnya. Selalunya rajin je dia berceloteh itu ini. Mungkin itu petanda. Aku pun kurang pasti. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah~~

Syawal tahun ini juga telah buat aku dilanda migraine dan sakit tekak. Berjangkit dengan mak. Owh... cukup awesome!

So... Syawal tahun ini takde la beraya sakan. Semuanya ala kadar. Yang paling penting, dapat beraya dengan keluarga. Baik di Bota, Cherok To'kun dan Selama. :)


Lagi pun, itu la yang paling penting kan? Merapatkan silaturrahim sesama kita.

No comments: