September 06, 2011

Bila manusia kurang menjadi manusia.

Current issue now, issue Petknode Cat Boarding.

Makin aku baca, makin sakit hati. Kesian jadi manusia kurang berakal. Mengaut untung sesuka hati. Mungkin di zaman sekolah mereka tak pernah belajar peribahasa. Kalau mereka didedahkan dengan peribahasa, mesti mereka tahu peribahasa yang berbunyi:

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga

atau

Ukur baju di badan sendiri

atau

Orang tamak selalu rugi.


Kesian sungguh orang yang macam ni. Adakah kerana mereka tak pernah belajar pendidikan Islam atau pendidikan Moral di sekolah zaman dahulu kala? Atau mungkin juga mereka tak pernah ambik subject Perdagangan? Atau mungkin juga mereka ini telah didedahkan dengan segala macam subjek tapi kalau dah buta hati, buta perut, kelabu mata dengan duit, maka tersembul keluar sifat tak berperikemanusiaan itu?

Kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang isu Petknode ni, sini aku bagi link kat kamu:

http://bududanbelacan.blogspot.com/2011/09/petknodes-good-care-lah-sangat.html


http://blogserius.blogspot.com/2011/09/serius-khidmat-masyakat-anda-tuan-punya.html#more


http://selamatkankucingmalaysia.blogspot.com/2011/09/kucing-mati-terseksa-di-petknode-pj.html


Aku bukanlah seorang pencinta kucing. Takut dicakar kucing. Selalu berani pegang-pegang gitu je. Tapi disebabkan berita ni, aku jadi EMO plus HANGIN. Orang bagi amanah jaga kucing-kucing tu sementara tuan mereka balik beraya, kamu dah kaut RM84000++, kamu boleh buat statement berani mati mengatakan kamu tak mampu nak jaga semua? What the F???

Mungkin kerana negara ni tak ada akta untuk binatang, sebab tu la berani mati buat perangai mengalahkan binatang. Ish ish ish. Tak baik aniaya sesama makhluk. Sedangkan kuding yang comel pun kamu tak boleh jaga, macam mana la agaknya kamu jaga manusia sekeliling kamu ye? Serius aku wonder macam mana gamaknya.

Kamu buat business untuk jaga amanah orang. Boleh tidur lena ke kamu bila semua ni jadi?
Moga insiden ini jadi pengajaran bukan saja pada kamu, malah kepada semua manusia.


Jangan jadi manusia yang kurang nilai kemanusiaan.


Tidakkah setiap agama itu mengajar penganutnya untuk berbuat baik?

No comments: