15th of August! Selamat Hari Kemerdekaan kepada Negara India. Aku tak pasti kemerdekaan kali ke berapa. Mungkin sobahat aku Tuan Doktor Halim dapat bagi jawapan.
Ada apa dengan Ogos 15? Ye, sudah 15 hari puasa. Lagi 15 hari nak raya.
Itu je???
Ehem ehem... Aku cukup umur juga pada tarikh yang sama.
Yay! Salam bakal warga emas kepada aku!
Hati riang ria, Walau makin di mamah usia. Hanya mampu diiring doa, Moga Hidup bahagia hendaknya. Aminnn~~
27 tahun sudah menjengah dunia. Banyak perkara telah di tempuh. Banyak air mata telah jatuh. Banyak senyuman sudah terlukis. Banyak ketawa telah di hambur. Aku cuba ingat semula apa yang telah aku lalui sepanjang 27 tahun aku bernafas. Ada perkara yang mungkin tak ramai orang lalui dalam usia seperti aku. Qada’ dan qadar Tuhan. Siapa aku untuk kata apa-apa. Ada hikmah, itu sudah pasti. Dari situ, aku telah belajar erti hidup. Belajar kekejaman manusia yang bertopengkan wajah naif suci. Tapi aku juga belajar erti persahabatan. Erti menghargai dan bersyukur atas apa yang aku ada.
Tahun ini, aku telah hadiahkan diri sendiri Jam Swatch yang telah menghantui hidup aku beberapa bulan yang lalu. Walaupun tak dapat kaler yang aku super suka, aku cukup happy. Takdak jodoh agaknya dengan turquoise.
Sahabat-sahabat baik pun ada yang belikan hadiah. Siap dapat buku resipi. Cool habis! Sangat pandai kawan aku ni 'observe' my new obsession. Thanks a lot guys for the gifts. ^_^
Anak-anak juga sangat super sweet! Ada yang belikan kek. Bagi kad. Nyanyi ‘Happy Birthday’ sekuat-kuat alam tanpa ada rasa segan silu. Silap aku tak pegi kerja pakai purdah. Dah blushing tersiput-siput. Aku sedang menanti buku Encik Zahiril Adzim sekarang. Harap-harap dapat la buku tu. Kalau tak dapat sekarang pun tak apa. Boleh berusaha untuk cari lagi.
Tahun ini birthday teramat la phenomenal. Mengambil masa hampir ke petang untuk balas semua komen di dinding mukabuku. Owh, aku ada dua akaun mukabuku. Satu untuk hidup sebagai seorang yang biasa, manakala satu lagi hanya untuk para pelajar. Perlu di ingat, aku juga mahu privacy. Kadang-kadang ada saja stalker di mana-mana. Jadi secara keseluruhan, aku perlu membalas hampir 200+ komen. (ini tak bermaksud aku mahu bermegah yek. Harap maap.) Sangat terharu atas perhatian semua walaupun aku bukan seorang attention seeker.
Tua itu akan hadir juga. Peningkatan umur itu satu peringatan kepada aku bahawa hidup aku akan tamat pada bila-bila masa. Umur makin meningkat, apa yang telah aku buat sepanjang hidup? Apa yang telah aku sumbangkan? Itu memang penting kan? Tak kisah la kalau sekarang sudah 27 dan masih mencari pemegang password hati. Jodoh itu Tuhan yang Maha Tahu.
Thanks to all of you who make me believe that there’s someone out there who really cares and loves me.

No comments:
Post a Comment