Aku rasa sakit ini dikutip hasil daripada aktiviti berbuka puasa dengan sekumpulan pelajar yang sangat rapat dengan aku. Minum ais dan terkena hujan ialah satu kombinasi yang tidak bagus sama sekali. Ekoran itu, aku sedang menanggung bahana aktiviti tersebut sendiri. Sesungguhnya perasaan sakit ini memang sangat tak enak. Terseksa itu sudah pasti.
Bila aku sakit, selalunya ada satu perangai pelik macam nak mengada-ada. Suka bercakap dengan orang dengan harapan orang akan melayan kerenah aku yang sedang 'high' kesan pengambilan pil-pil dadah yang diberi tuan tabib. Dan selalunya, tak ramai orang tahu perangai aku yang pelik ini.
Dalam sakit-sakit ini pun, aku telah dilawati masalah. Masalah yang dicari sendiri barangkali. Masalah berperang dengan rasa sendiri itu lebih mudah daripada masalah melibatkan orang luar. Terus terang aku katakan, AKU SUPER MENYAMPAH, MELUAT dan segala macam kata-kata negatif dapat aku hamburkan tentang masalah aku ini. Bila kamu berdepan dengan manusia yang cukup mencabar ketabahan, kesabaran dan keimanan, kamu boleh berubah menjadi apa saja. Aku cukup menyampah dengan manusia yang cukup mendesak, cuba untuk tentukan masa depan aku. Ini hidup aku. Aku tidak perlu kamu dan tidak pernah minta kamu atau bayang-bayang kamu wujud waima sedetik pun dalam hidup itu. Rasa hormat aku juga semakin nipis. Lebih baik kamu berambus. (maaf entry super emo kali ini)
Saat aku cukup serabut ni, aku sangat rindukan Encik Halim.
Serius rindu tahap dewa!
Serius rindu tahap dewa!
Rasa mahu hamburkan segala amarah yang aku simpan. Mahu membebel sampai puas. Mahu lepak sama-sama seperti dulu. Paling penting, mahu tumpahkan air mata yang telah aku simpan berbulan-bulan lamanya.
Owh.. cukup agaknya entry merapu kali ini. Sangat perlukan masa untuk 'digest' semuanya. Moga Tuhan kasihani aku dan berikan aku ruang untuk terlepas dari masalah ini. Amin...
No comments:
Post a Comment