June 29, 2011

Sesat jalan tolong tunjukkan.

Pernah tak kamu sesat mencari lokasi rumah kenduri?
Selalunya masalah ini di hadapi ketika mencari rumah pengantin.
Kadang-kadang kamu dah ikut sebaik mungkin map di kad kawen tapi tetap tak jumpa jugak rumahnya.
Kadang-kadang kamu terlupa langsung nak bawak kad tersebut.
Baru la nebes brekdaun cuak mencari trafik light, tiang-tiang berdekatan kot-kot ada digantung bunga manggar dan nama pengantin berkenaan.

Issue sign di tiang-tiang ni amatlah memberikan impak maksima kepada aku kerana aku memang super duper ANNOYED dengan sign arah ke rumah kenduri kawen.
Kalau kamu naik kereta sama aku, kamu akan tahu berapa banyak kali aku membebel sebab sakit mata tengok sign yang menjengkelkan.

Sebagai contoh:
Ikutkan aku sudah hampir dengan sign itu kan?
Tapi serius aku tak nampak apa-apa
Saiz kertas lagi kecik dari A4 paper
See!
This is what happened yesterday while I was hanging out with my friends. 
Annoying tak?

Perkara ni amatlah mudah kalau gunakan akal logik. Jangan gunakan A4 paper kalau nak letak sign macam tu sebab seriously memang takkan nampak langsung. Kalau kamu kawen di waktu cuti sekolah, lagi la masalah sebab kamu akan berebut tiang dengan pengantin-pengantin lain. Jadi, kalau kamu guna paper seciput begitu, nescaya berbakul-bakul makian dari mulut-mulut manusia terhambur ketika mereka mencari rumah kamu. Ini cerita sebenar. Bukan olok-olok.

Ni satu contoh sign yang paling aku suka:

Kawan saya kawen!
Cool kan sign macam ni? Rare. Menarik perhatian. 
Insya Allah berada di jalan yg benar.

Kamu nampak kan apa yang aku cuba jelaskan. Setakat issue sign ni amatlah mudah untuk difikir dengan logik. Kalau susah-susah sangat, kamu buat sewa ja billboard. Hampir mustahil orang akan sesat ke rumah kamu. Kalau bajet ciput, gunakan saja pendekatan sama macam kawan aku ni. Jimat.


In all, aku harap aku takkan buat sign bersaiz A4 kalau kenduri. Peringatan untuk diri sendiri!



Nota kaki: 
Rumah aku memang susah untuk di cari. Walaupun sekarang ramai orang guna GPS, tapi tak semua mampu beli kan? sebab tu aku memang particular bab peta nak ke rumah. Kadang-kadang hal kecik ni pun akan buat orang marah dan terus tak pegi rumah kita. Renung-renungkan dan selamat berfikiran logik.

No comments: