June 28, 2011

Hati dah mula nak belajar masak. Itu tandanya...???

Ha... ape tandanye???

NAK KAWEN??? 
owh tidak sama sekali.
Anda gagal! hahah

Sebenarnya sindrom rajin memasak dan mencuba resipi baru akan muncul setiap kali Ramadhan bakal menjelma. Jadi memandangkan Ogos nanti adalah bulan Ramadhan, maka sindrom rajin memasak akan lebih membuak-buak. Excited lebih. Semangat lebih. Semua resipi pun nak explore. Trial and error.

Waktu bulan Ramadhan, aku lebih suka makan di rumah dan masak bersama mak.
Itu lebih menarik, sedap, boleh makan bila-bila masa, makan ikut selera. Seronok!
Balik kerja, masuk dapur dan mula alunan "muzik" sudip, kuali, lesung batu, bergema.
Tak termasuk sekali bunyi perut.

Tahun lepas, aku dan kawan-kawan buat "potluck" untuk berbuka puasa. Masing-masing akan bawa makanan sendiri. Best kan? Lagi best kalau dapat terawih sama-sama. Indah!

Jadi... Sekarang ni aku sedang kemaruk mencari resipi nak masak. Antara blog dan site yang menjadi mangsa hendapan aku ialah:

http://myzajresepi.blogspot.com/ [student yang kasik link...hihi]
http://www.myresipi.com [BFF yang kasik link. Beliau dah try resipi and menjadi!]

Excitednye nak masak ni...
Tak pandai pun buat-buat pandai la. Tak cuba, tak tau kan?
Lebih kurang macam vclip ni la:



Ting tang Ting tang Alexander! hahaha

No comments: