Tarikh ini (1st April)
3 tahun dahulu... (2008)
Aku manusia kerdil
yang masih terkebil-kebil melihat dunia
masih bertatih menutur langkah ke alam kerjaya
masih naif (naif lagi kot sekarang..kikikiki)
masih belum tercemar dengan agenda politik dunia kerjaya
Sekarang...
3 tahun selepas itu.
Aku ada di sini
3 tahun yang mengajar pelbagai perkara baru
3 tahun yang menunjukkan aku warna sebenar dunia 'itu'
3 tahun yang penuh dugaan
Sekalung tahniah diucapkan kepada DIRI SENDIRI kerana telah berjaya bertahan bekerja di bawah pimpinan kolej ini! (clap clap clap)
Aku tak pernah sangka aku mampu bertahan selama ini
Rasa macam baru semalam melangkah ke tempat ini
Rasa macam baru semalam di temu duga
Rasa macam baru semalam naik turun bangunan demi menjaja diri supaya dapat meneruskan legasi hidup
bukan senang untuk mendapat kerja tetap kan?
aku faham itu...
Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan
kerana beri kesempatan untuk terus di sini
selagi hembusan nafas ini masih berbaki
Insya Allah aku gagahkan juga meneruskan perkhidmatan di sini
3 tahun dah bergelar penjawat awam
berapa tahun lagi gamaknya 'title' itu melekat pada aku???
AKU PIKIAQ LA SENDIRI. hihi
No comments:
Post a Comment