March 31, 2011

Di Langgar Todak, Di Serang Garuda, Di Terjah Mim.Qaf.Alif

Ketika negara masih sibuk dengan isu sensasi video LUC, (Luc boleh membawa maksud Lucu atau sebaliknya) kolej tempat aku mencari bersuap-suap nasi ini bakal di serang Mim.Qaf.Alif. atau dalam tulisan ruminya MQA. owh.. tak tau MQA tu menatang apa? Boleh klik saja di sini.

Dengan kewujudan mereka di tempat aku mencari berpinggan-pinggan nasi ini, maka Lesson Plan adalah suatu perkataan yg akan di sebut-sebut setiap hari. termasuklah sampling assignments pelajar yang beberapa tahun dahulukala. itu amatlah menjengkelkan wahai kawan2 sekalian. Lesson Plan pon tak tau apa? Ha... Meh klik kat sini. (Maaf guna contoh subjek kemahiran hidup).

Lesson Plan ini standardized di semua kolej-kolej cawangan dan sesungguhnya Ia amatlah panjang lebar. Aku juga kurang pasti apa correlation lesson plan panjang lebar dengan matlamat untuk menjana pelajar cemerlang.
adekah lagi panjang lesson plan itu, lagi ramai pelajar cemerlang??? *musykil* (boleh buat research nih...hihi)

dan selaku Procrastinator tahap tegar, aku memang di serang panic kerana betapa susahnya mahu menyiapkan segala tugasan yang ada termasuklah perlu study untuk Final exam yang masih belum selesai. amat indah minggu-minggu ini!

tak termasuk sekali tugas mengadakan Briefing untuk MUET candidates.
terlalu banyak benda yang harus dibuat sampai makan pun tak sempat.
letih.. amat letih...

credit to: http://www.visualphotos.com/image/2x3339530/woman_with_oxygen_mask
Mintak NYAWA! Mintak NYAWA!
hampir kekurangan oxygen kerana keletihan
Tidak percaya???
INI BUKTINYA!!!

Tersepit di celahan Files dan Assignments.
Selak timbunan Files baru boleh nampak Aku!

Sedangkan meja jiran depan aku ni yang sentiasa suci dari files juga sudah berubah dengan kewujudan timbunan files. 
Kami mampu bekerja hingga jam 12 malam di tempat yang super creepy ini.
bak kata L (2011), "Nampaknya Mim.Qaf.Alif lebih menakutkan dari Kak Limah."

secara keseluruhan, aku amat letih.
sampaikan makan pon tak menentu akibat ketakutan atas serangan berkenaan.

Berani ek serang aku?
Takpa...
aku harap nanti, aku pulak ade kuasa serang orang!
tunggu la aku jadi Menteri Pengajian Tinggi!
LOL~~

No comments: