April 19, 2011

Nasi Ganja in the House Y'all!!

Nasi Ganja!

Inilah dia yg di idam-idamkan. Lama sudah tidak ketemu nikmat dunia ini. This is one of the famous cuisine in Ipoh. Sape yang tak kenal NASI GANJA. Ini la dianye Nasi Ganja or Nasi Vanggey yang pemes seantero Malaya itu. Sampaikan masuk 999... Opsss of record. Haha.

Lauk nasi ni memang simple. Macam nasi kandar. Konsep nasi ni lebih kurang macam nasi kukus kat area pantai timur. Tapi nasi ganja ni, sekali dah try, harus la akan addicted!!!
(ntah2 btoi dorg letak ganja dlm tu. sbb tu addicted...hahahaha)
Aku ada baca kat sini tentang ingredients Nasi Ganja ni. Maybe sebab ramuan rempah tu yang buat Nasi ni 'create' ketagihan di kalangan umat manusia.

Beberapa kali dah plan nak makan kat sini. Tapi sebab kesibukan yang super hebat, harus la terkecur air liur bila teringatkan sepinggan nasi yang best nih. Malangnya tak punya masa nak pegi. Lagipun lokasi Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yang Kalsom ni jauh dari Kolej tapi dekat sikit dengan rumah aku di Ipoh. Memandangkan balik kerja pun dah pukul 4, mane la nak pi cari nasi ni dah. Agaknya kalau sampai sana, kedai pun dah tutup.

Namun hati gembira tidak terperi seperti berlatar belakangkan bunga-bunga berguguran bila dapat pekena sepinggan. Ni pon ada tambah sotong. Kalau ambil ayam seketul je, harga RM5 tapi sebab ade itu dua Apollo, maka harganya RM9.90. Tak mengapa. Janji puas hati.

Kedai Kopi Yong Suan ini memang tersangat unik. Agak-agak nak buat kedai contoh yang mengamalkan konsep 1Malaysia, sila la datang kedai ni. Melayu, Cina, India, Banjar, Jawa hebat ke Terusan Suez, semua makan kat sini. Tidak ada 'race discrimination'. Sangat BEST. Sangat COOL. Sangat SEMPOI.

Next time, kalau kawan-kawan datang ke Ipoh, boleh la bawak pi pekena Nasi Ganja sepinggan. Semoga makan sepinggan jela. Kalau berpinggan-pinggan, payah pulak nak lintas jalan pi kat parking kereta. huhuhu

Kepada yang teringin nak pegi tu, boleh la rujuk di link ini. 
Zaman dah maju, dunia dah moden. Guna la khidmat sakti Encik GPS! hihi


Pandangan hadapan Kedai Kopi tersebut.
Don't judge the food by the look of the restaurant. HAHA
Tengok! Long Queue! Maka gunakan taktik pergi pada hari Jumaat
di kala lelaki solat Jumaat. hehe
~~ Yummy! Nyum Nyum ~~
Old School kan??? Terbaik dari Ladang!
Credit kepada sang-sang tukang tangkap gambar kerana saya ambil semua gambar dari Yahoo Search Engine semata-mata.

So.. What are you waiting for?
Let's get high on Cannabis Rice!
(Ini namanya memorable concluding remarks! kahkahkah)

5 comments:

Fallen Star said...

huh. p makan nasi ganja x ajak.

Anonymous said...

sy tak sampe lagi..
waduh, wak pun maunya menabrak nasi ganja..
asiknya tempe sama sambel aje...
wak mau nukar menu lah..
(von deutsch)

.FD. said...

Fallen star : Jom pegi sama2. I pegi dgn fmly jela. huhu.
Von: ntah bile nak sampeinye wak? dari aritu bagi direction tak jumpa2 ke?

Anonymous said...

haha...
nanti ade mase terlapang sy gi lah..
asyik terlupe je nak gi sane..
part yg syok nak mkn nasi ganja tu pasal ade "apollo" baik punye..
nyum2..

.FD. said...

Von : ececeh. Sila pergi yek sebelum anda grad. tak feel la dok perak tak penah pekena nasi ganja. Orang dok kuantan pon guna GPS cari kedai ni tau