Hmmm... itu je sumber hiburan yang bertaraf mampu milik
Dan selaku 'kipas susah mati' movie, aku hanya selesa menonton movie di TGV Jaya Jusco Ipoh.
Pendapat ini hanya untuk kawasan Ipoh. Sila jangan campur adukkan kawasan KL dan yang seangkatan dengannya.
Aku pernah cuba menonton di GSC Ipoh Parade.
Malang sekali, aku musykil...
Ketika itu cuaca hujan lebat beserta guruh di luar.
Aku jadi 'confuse' kerana bunyi hujan di luar terdengar ketika aku menonton movie
Pelik kan? Serius pelik!
Siap aku tanya kawan, "Tu bunyi hujan kat movie ke, hujan kat luar?"
Walaupun gelap, kawan aku masih mampu melihat aku dengan muka naif tertanya-tanya.
Owh... berbalik kepada cerita asal.
Sedang dalam perjalanan aku mahu ke Jaya Jusco Ipoh, aku terpandang ini:
Owh.. tak nampak jelas. Meh tengok dekat sikit...
Hebat tak?
Airport tuuuuuuu... Siap ade replika airplane kat rooftop.
kalau kamu nak tahu, Ipoh memang ada Airport. Malang sekali landasannya pendek dan aku tak rasa it's in operation. Aku pernah pergi ke sana, tapi sunyi sepi. Kawan aku gelak terbahak-bahak melihat Airport di Ipoh. Serius tak dak life.
Airport yang kamu nampak ini sebenarnya sebuah cafe kot...
Well... Meh tengok gambar di waktu malam
Macam Vegas kan?
Wohoooo Vegas! haha
Harus la aku tak masuk cafe ni. Gilo apo aku nak dok dalam tu?
Owh.. by the way, ada sebuah kedai makan di Ipoh yang memang di panggil Vegas
Aku pernah lepak sana sekali. Sekali sahaja. Di zaman cinta buta. Sekarang tidak lagi. hahaha
Jadi... Selepas ini...
Kalau kamu ke Ipoh dan nampak 'Airport' itu, jangan terkejut. Ipoh tidak cukup kaya untuk buat airport bersaiz compact. hahaha.
Aku akan update cerita tentang Ipoh lagi. Maybe tentang tempat-tempat best di Ipoh ataupun, kedai-kedai yang jual 'heaven' food.
Till then...
xoxo



No comments:
Post a Comment