April 24, 2011

Kekasih Gelap?

Apa itu kekasih gelap?

Daripada apa yang aku tahu, kekasih gelap ini dalam kata lain ialah skandal. Betul la kot.

Sebagai contoh, seseorang itu telah berkahwin atau sudah berpunya tetapi masih ingin mempunyai pasangan lain. Maka pasangan itu yang di panggil Kekasih Gelap. Tidak kiralah andai kata insan itu berkulit putih cerah, mulus, polos. Beliau tetap di cop sebagai Gelap. Kasihan...

Mungkin kerana warna Gelap itu menunjukkan 'dark side' jadi lekat la namanya Kekasih Gelap.

Aku masuk kelas 'Literature' di semester lepas. Menurut kata lecturer aku, untuk mengetahui sesuatu budaya kita kena baca karya dari orang-orang di kawasan tersebut. Jadi, aku yang suka dengar lagu ini, terjumpa ini:



Yang ni pulak kes susah nak buat pilihan


Owh tak cukup lagi?
Ha!
Yang ni lagi jujur
Tak dak guna nama
Mengaku terus!


Tapi... NO OFFENCE YA!
Kamu perasan tak?
Kenapa asyik perempuan je yang jadi kekasih gelap ni?
Kenapa banyak sangat lagu dari sana yang hampir berunsur sama?
Hang pa pikiaq la na
Cek pueh pikiaq dah. 
HAHA

Tapi lagu-lagu tanahair ni aku rasa yang paling berani mati pun UKAYS sebab begitu jujur ni nak 'kapel' lebih. Awat? Hangpa tak percaya? Nin dia aku bagi bukti teruih!!


Kamu tak tahu sangat kot lagu yang atas ni
Takpe
Yang ni SUPER EPIC!


Haihhhhh 
Kau bajet kau HOT???
(di saat ini aku sedang mengelap air mata kerana ketawa lebih tengok vid clip mereka. 
Maaf tapi memang super kelakar!)

Jarang-jarang sekali nak dengar perempuan yang nyanyi lagu berunsur kekasih gelap. Jarang amat. Aku rasa aku patut buat satu dua lagu untuk penyanyi wanita. At least, ada kenyataan balas. Mungkin boleh jugak gunakan nama Kamil (balasan untuk lagu Camelia), Safir (balasan untuk lagu Sephia) dan lain-lain.
Agak-agak lagu masuk Juara Lagu dan menang, mesti kaya! HAHAHA



Tapi bagus jugak kalau 'maintain' naif, suci dan polos kan kaum Hawa!
kikikikiki (Ini namanya 'evil' laugh!)

No comments: