KAU PANDAI MAKAN JEK!
Tempoh hari kita telah melawati Kedai Kopi Yong Suan yang menyajikan Nasi Ganja terbaik dari Ladang Weed! (Kahkahkah)
Hari ini kita singgah pula di Restoran Haji Daud Mat Jasak!
Apa dia 'special' menu yang ada di kedai ini? Moh le kita menengok...
Ini pandangan sisi restoran berkenaan.
Lihat itu... Betul-betul di tepi jalanraya utama.
Mungkin kerana banyak asap kereta, maka sedap la food di sini. Hihi
Credit kepada blog ini utk gambar-gambar di atas.
Ha... Ini dia yang di nanti-nantikan.... Jeng jeng jeng..
Tuuuuu Diaaaaaa
Dia mai dahhhhhhhh
KUETIAW KICAP!
Terbaik dari tepi jalan!
Kuetiaw Kicap ini disajikan dengan semangkuk sup yang ada segala fishballs, fishcakes dan sebagainya.
Anda boleh pilih segala 'ingredient' yang anda mahu untuk di letakkan di dalam kuah sup itu.
Owh.. Jika tidak mahu kuah sup, anda boleh memilih kuah kari.
Menu selain Kuetiaw Kicap, di sini ada Char Kuey Tiaw, Mee Kari, Mee Sup dan lain-lain.
Tapi Kuetiaw Kicap ni macam signature dish untuk gerai ini.
Harga?
Andai besau napsu anda, maka mahal la makanan anda! haha
Tapi saya rasa tidaklah mencecah rm10 sepinggan. Harga adalah berpatutan.
Lokasi gerai ini adalah berhampiran Super Kinta (yang dah tinggal sejarah itu).
Ape? Tak tau?.... Hmmmm...
Berdekatan Pasar Besar Ipoh. Ia sebaris dengan pasar berkenaan.
Susah sikit mahu explain lokasi gerai ini.
Ia terletak berdekatan junction Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Datuk Jaafar Onn.(memain kau.. Jaafar Onn ade Datuk tau)
Jadi anda gunakan saja khidmat sakti petala langit Encik GPS untuk ada di jalan yang benar.
Tapi kalau nak saya bawakan pun boleh jugak! hehe.
Owh itu sahaja masa yang kita ada untuk kali ini. Harap anda berpuas hati dengan liputan saya pada kali ini.
Andai kata anda tak reti masak, jangan berasa gundah gulana. Kerana rancangan ini akan memberikan 'option' untuk anda menikmati nikmat dunia!
Jumpa lagi di lain liputan!
Ingat!
yang penting ialah... KAU PANDAI MAKAN JEK!
No comments:
Post a Comment