Aku tidak minta banyak dalam hidup
Walaupun hati kadang-kadang teringin itu dan ini
Teringin bercuti ke sana sini
Teringin berpakaian cantik
Teringin makanan enak
Teringin barang-barang berjenama
Teringin pelbagai benda yang di luar jangkauan
Ya... Nafsu adakala akan menang dalam perang ini
Tetapi...
Logik akal akan mengawal keadaan
Maka...
Dengan hanya punya...
Ayah Ibu yang mencinta
Adik-beradik yang sentiasa ada
Teman-teman yang super hyper dan gila dengan cara mereka
Rakan kerja yang sefahaman dan sealiran
Kesihatan yang baik
Rezeki yang dikurniakan
Hidup yang Indah
Kebahagiaan yang mencurah
hati yang tenang dan gembira
aku punya itu semua...
apa lagi yang aku mahu?
Tuhan sudah beri secukupnya.
Syukur atas semuanya
Hidup ini cukup indah dengan adanya itu semua
tak perlu jeans Levi's
tak perlu perfume Gucci
tak perlu handbag Guess
kerana aku punya CINTA
yang hanya aku saja tahu rasanya ^_^
No comments:
Post a Comment