Bukumuka memang melekakan
Bukumuka memang melalaikan
Bukumuka adakala boleh jadi satu aplikasi jahanam
kerana Bukumuka...
hari semalam adalah puaka...
mereka sesuka hatinya mengeji memaki tanpa henti
melampiaskan amarah tanpa mengenal asal diri
ada juga mereka yang masih bertopeng wajah suci
walhal identiti diri dikaburi.
terlalu banyak bermuka-muka di Bukumuka.
kerana Bukumuka
aku boleh menjadi seorang petani
petani moden yang super kaya
yang mengalahkan tuan tanah kedaung lagaknya
tanah berekar-ekar, rumah berderet2...
kerana Bukumuka
aku juga boleh menjadi tukang masak
menjadi pembunuh upahan
menjadi mafia
namakan apa saja
semua pon aku boleh jadi
Lihatlah dunia!
sungguh hebat aku di arena Bukumuka ini.
kerana Bukumuka...
hubungan silaturrahim juga dapat dieratkan
hubungan itu juga dapat di renggangkan
gara-gara kerana satu aplikasi
hubungan silaturahim menjadi taruhan
kerana Bukumuka...
ada juga yang bertemu jodoh
ada juga yang bertemu musuh
ada juga yang akan tersenyum memandang sekeping skrin
ada juga yang menahan panas di hati melihat paparan skrin
hanya kerana sebuah aplikasi...
hidup kita mungkin tidak tenteram
hanya kerana sebuah aplikasi...
kesalahan kita terpampang jelas di mata orang...
hanya kerana sebuah aplikasi...
tergadai hubungan baik kita...
hanya kerana sebuah aplikasi...
kita juga boleh disaman orang kerana memalukan mereka
tapi padan jugak dengan muka kita
mengutuk tak kena gaya
dah terkantoi baru ternganga
kerana Bukumuka
kita di temukan...
kerana Bukumuka
kita juga dapat di pisahkan...
Mungkin juga...
sebabkan selalu berbukumuka
akan wujud orang yang lebih bermuka-muka
talam dua muka
takut bersemuka
dan segala muka yang ada...
1 comment:
oh bukumuka...kamu melalaikan..
Post a Comment