November 14, 2012
Pergilah...
Kamu pernah jadi kisah indah
Buat aku tersenyum bahagia
Kamu pernah jadi kisah sedih
Buat aku jatuh terduduk menangis hiba
Aku mohon...
Jangan disingkap lagi kisah dulu
Aku bimbang sayang itu masih berbaki
Kerana dalam lubuk hati
Ada sesuatu berlaku
Dan aku tak mahu itu tersebar bebas
Biar aku begini
Sepi dan sendiri
Cuba bangun menempuh hidup
Mengukir senyum
Mencari bahagia
Tanpa kamu
Ya. Aku sayang kamu.
Tapi sekarang tiada gunanya lagi.
Cinta itu terbiar layu.
Aku harus terus hidup
Tanpa perlu menyingkap kisah indah dan pahit dulu.
Kerana aku perlu pandang ke depan.
Kisah dulu biar berlalu.
Walau ia tidak adil bagi aku.
Pergilah...
Sudah lama aku lepaskan kamu pergi.
Walau hati pedih terhiris.
Pergilah...
Cinta itu biar saja mati dalam hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang =) hehehe
InsyaAllah Wawa.
This is just for temporary.
It's simply nothing :)
Thanks a lot for your concern
Post a Comment