Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai,
Kalau takut duit rabak, jangan beli kereta mahai.
Itu dia pantun kurang berseni daripada aku. Ini ialah luahan hati yang terpaksa duduk diam di rumah ekoran telah menghabiskan duit membayar sejumlah wang untuk servis OP Ketipang Payung. Demi untuk perjalanan yang lebih selamat, berhabis banyak pun tak apa. Nyawa bukan boleh beli.
Cuti ni memang cukup lengai. Aku hanya duduk di rumah tak buat apa-apa. Menunggu hari Rabu untuk ke padang berlatih Lawn Bowl. Pukul 11 hari Isnin sampai Rabu aku akan tengok rancangan kat DIVA. Itu jela rutin hari-hari. Bosan kan? Dah kurang berduit, dok diam-diam jela di rumah.
Sesungguhnya bila kau bercuti dan kurang berduit, kau memang akan rasa blur dan tak tau apa nak buat. Harap bergolek-golek dan berharap langit akan hujankan duit. Ini memang disaster.
No comments:
Post a Comment