Setelah berbulan lamanya aku berada dalam mode hiatus, hari ini aku bersedia untuk mengomel merepek-repek di sini. Mungkin kerana intention aku buat blog ini untuk rekod aktiviti dan segala bagai, maka tak salah kalau cuba bergerak aktif semula. Lagipun, aku tak payah nak renew keahlian kalau nak menulis balik. Percuma ye.
Aku sedang seronok membazir waktu tanpa rasa bersalah walaupun satu haram apa aku tak start lagi untuk research. Aku sampai kadang-kadang terlupa aku tak habis master lagi. Sampai lupa aku tengah buat master. Itu GILA namanya. Jangan contohi aku.
Sekarang aku sedang bercuti sebulan. Tema cuti kali ini, SUKAN dan SUKAN dan SUKAN. Hari-hari mengadap HOKI. Teringin nak pegi tengok live kat stadium. Petang-petang aku training Lawn Bowl, sebelah je dgn stadium Hoki, hati macam terkinja-kinja nak tengok. Adik takmo teman. Stress betul. Harap tengok kat TV saja. Naseb la ade live kat TV. Lepas ni layan EURO pulak. Hoyeah!
Itu sahaja sesi mengomel aku kali ni. Lepas geram kan?
Tak boleh di layan sangat.
Aku nak tengok game hoki ni. Sambung mengarut lain kali. Daaaa~~
No comments:
Post a Comment