March 08, 2012

Kedai Nasi Daun Pisang!

Kembali lagi kita dalam rancangan.......

KAU PANDAI MAKAN JEK!

Dah lama bebenor rasanya tak update apa-apa pasal makanan kepada anda semua. Minta Maaf ye. Kadang-kadang melahap itu lebih penting dari update apa-apa pasal kesedapan makanan. 

Dahulu saya telah berkongsi tentang Nasi Ganja dan juga Kuetiaw Kicap. Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kedai yang saya rasa sangat special. Kenapa special? Kenapa? Kenapa?


Makan nasi tak berpinggan.
Hanya guna daun pisang!

Sangat awesome bukan? Ye super awesome!

Ini kali pertama saya makan menggunakan daun pisang. Masa owner kedai nak letakkan nasi dan sayur atas daun pisang, saya dah gelak-gelak sebab rasa sangat comel makan macam ni. Makan nasi lemak ialah perkara biasa sebab di bungkus. Di kedai ni, diorang akan letak daun pisang dan hidangkan nasi kepada kita. Lauk boleh pilih. Harga depends pada lauk yang di ambil. Menu tak banyak. Hanya nasi dan lauk-lauk kari. Lebih kepada konsep macam kedai mamak tapi yang ini kurang crowded.


Kedai ini tak bernama. Puas mencari nama. Takde juga kat depan kedai. Let say anda teringin nak pergi kedai ni, cari saja sekolah Anderson dan Sekolah Teknik Leboh Cator. Berdekatan sekolah ada satu restoran kecil yang ada Andersonian's Club. Ye, di situlah lokasi kedai berkenaan.

Rasanya tarikan utama kedai ni ialah makan menggunakan daun pisang. Ada jugak saya nampak foreigners datang makan di sini. Mungkin nak belajar culture. Sangat menarik.

Itu sahaja laporan pendek serba malas daripada saya. Lepas ni tak tau nak update bila lagi pasal makanan. Kot mana pun masakan di rumah juga rasa sedap tahap dewa. hahahaha.

Boleh la singgah di kedai ni kalau teringin makan berpinggankan daun pisang. Mesti rasa pelik-pelik jugak macam saya. =p

Itu sahaja kali ini. Bertemu lagi di sesi lain (yang tak tau bila lagi).

Akhir kata, majukan kedai makan andai kata anda pemalas untuk memasak!

No comments: