Tahun ini tahun ke empat aku bergelar penjawat awam. Aku sangat perlu belajar konsep bersyukur kerana aku mampu cuti sebulan gaji jalan. Patut sangat rasa bersyukur. Mana ada majikan nak bagi kerja macam ni. Selalunya time cuti semester yang boleh cuti sakan, bergolek-golek depan tv di rumah. Satu reward yang sangat bermakna selepas hampir 6 bulan berperang psychology dengan ramai manusia. Mungkin ramai yang rasa untungnya jadi cikgu. Cuti banyak. Itu pun nak komplen macam-macam. Pada aku, individu berkenaan dipersilakan menjadi cikgu selama seminggu. Aku tak bagi tempoh lama. Seminggu sudah cukup. Kalau rasa macam ada ilmu kebal, kasi up sebulan. Mungkin lepas tu baru tau kenapa cuti kena lama daripada profession yang lain.
Kembali ke topik asal.
Selalunya kalau aku cuti sebulan, the first three days sahaja aku rasa seronok bermalas-malasan. Masuk seminggu, akan rasa bosan amat ada di rumah.
Agaknya kalau pencen nanti mesti aku hampir separuh sewel duduk di rumah tak buat apa
Hanya online, bla bla bla
Buhsan!
Tapi bila memikirkan indahnya cuti, hati rasa syukur.
Kerja sekarang amat sesuai kalau plan untuk berumahtangga.
Cuti sekolah kita cuti.
Senang nak pergi kenduri kendara.
Cukup sebulan melayan family di rumah.
Encik Somi mesti rasa senang hati. (Encik Somi habaq hang. Sila gelak sampai luruh rahang).
Tapi...
Kalau memikirkan career advancement,
Mungkin ada baiknya kerja di tempat yang lebih banyak bagi peluang untuk majukan diri.
Banyak buat research.
At least tidak jumud atas kerja yang sama.
Itulah dia...
Dilema seorang penjawat awam iaitu aku.
Ntah...Tak tau.
Masih memikir. Masih merancang.
Andai kata jodoh itu sampai awal, mungkin plan aku juga akan bertukar.
Kerjaya sekarang sangatlah sesuai untuk seseorang yang mementingkan keluarga.
Dalam hidup pun kena set priority. Sacrifice untuk family.
Ntah. Ini pendapat aku. Pendapat kamu mungkin tidak sama. Mungkin kerana hala tuju kita berbeza atau cara kita memandang permasalahan ini juga dari sudut berbeza.
Maka tinggal la aku dengan tanda tanya yang sama,
Apa hala tuju aku sepuluh tahun dari sekarang?
Mahu di sinikah atau beralih arah?
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment