Setakat ni aku just main for fun. Takda aim nak menang. Training pun tak, ada hati nak menang macam-macam. Jangan mimpi. Setakat main suka-suka boleh la.
Dulu masa aku sekolah rendah, aku memang tak pernah berkecimpung dalam apa saja acara sukan. Sangat-sangat tak suka nak berlari-lari kat padang. Main kotor, lecah bagai. Tambah pulak masa kecik-kecik aku sangat la girlish. Pegi sekolah ikat tocang dua, ponytail segala. Anak sulung perempuan katakan. Harus la bajet princess. (Ye. Sila muntah).
Masuk sekolah menengah, inilah masanya aku berubah dari bajet Princess kepada version Yankumi dalam drama Gokusen. (Kalau tak pernah tengok cerita tu, sila google sendiri).
Zaman sekolah menengah aku telah berjaya kenal dan juga terjebak dengan sukan Bola Jaring, Bola Baling dan juga Taekwondo. Main sakan. Dalam pada tak tau apa, boleh jugak la jadi wakil sekolah. Ececeh.
![]() |
| Ye. Muka aku sangat suci. Ini zaman bawah umur 20. Baru umur 19. Tengok gambar ni boleh rasa nak meraung kuat-kuat. Kenapa aku kurus dulu??? Memang meroyan. P/s: Macam la hangpa kenai aku. Duhhhh~~ |
Unfortunately, both of my knees are not in good condition. Therefore, it's quite hard to move faster here and there. Super susah nak lari. Probably the main issue is all about weight. Mementang berat badan naik cam hape. Maka nak super active seperti dahulu adalah super payah.
This is a hint that something should be done regarding that 'annoying' issue.
So what are you waiting 'star'?...... errrrrr
Selamat meng'Qada' Puasa!

No comments:
Post a Comment