Seperti rutin kebiasaan, setiap weekend aku akan mengabdikan diri di kampus
Jadi pelajar separuh masa memang cukup mencabar tahap kecekalan hati
Sementara nak tunggu final exam, belambak assignment aku kena settlekan
Super banyak!
Minggu ini ada kejadian agak kelakar.
Kejadian ni berlaku di hotel tempat aku & kawan2 menumpang teduh sebelum pergi kelas esok pagi.
(Ayat nak kesian padahal bayar kot tidur kat situ.)
Air-cond tak boleh on!
Bilik dah berkuap.
Maka ambil inisiatif pergi jumpa uncle yang in charge hotel.
Aku: Uncle, air-cond tak boleh on.
Uncle: You tak tekan betul-betul memang tak boleh.
(Uncle bebel2 suruh kawan dia pegi tengok. Aku bajet dia kata aku bodoh ni.)
Kawan uncle try tengok apa jadi kat air-cond.
Lepas 15 minit, Air-cond tetap tak boleh on.
Turun pulak pegi panggil uncle. Uncle pun berusaha bersungguh-sungguh.
Uncle: Saya try dulu. Kalau tak boleh jugak, nanti saya cari kipas bagi sama you.
Aku & kawan2 muka dah sememeh. Letih amat! Assignment tak siap lagi.
Uncle: Saya kena call itu boss. Dia lagi tau. Ini hotel dia.
(Uncle call boss. Gaya perbualan macam KL Gangster)
Boss: Itu olang aa.. bodoh. Ini pun tarak tau! (berusaha betulkan air-cond)
Selepas 15 minit, keadaan masih sama.
Agaknya boss dah tension tahap gaban, dia terus pegi bilik sebelah pinjam remote.
Walla! Terus boleh on air-cond. Siap letak temperature 16.
Boss: Oooo. Ini remote tak boleh guna. Sudah rosak. Nanti kasi repair.
Boss terus keluar laju-laju. Marah lagi kot.
Malam tu, kami semua kejung. Air-cond super sejuk.
Berikut ialah rentetan kejadian di atas:
Air-cond tak boleh on - Aku bengang kata air-cond bodoh - Uncle pulak kata aku bodoh - Boss pulak kata uncle yang bodoh.
Jadi sekarang...
SIAPA YANG BODOH?
2 comments:
16? *sejuk terketar-ketar*
ha tula. 16!!!
Takkan nak pi ketuk pintu bilik sebelah pinjam remote. Tidur merekot menahan sejuk. Kira macam training course before fly pi oversea. hahahaha
Post a Comment