September 17, 2011

Kucing 'angkat' keluarga saya.

Introducing the new member in our family!
Meet...

COMEL the Kocen

Ini ialah Comel. Sememangnya namanya mencerminkan rupanya. Memang sangat comel. Comel the Kocen bukanlah haiwan belaan ataupun ternakan keluarga aku. Sejujurnya, mak bukan pencinta binatang. Jadi dari kecil lagi, kami tidak dibenarkan untuk membela apa jua jenis haiwan peliharaan di rumah. Andai kata cikgu minta tulis karangan "Haiwan kesayangan saya", selalunya kami hanya gunakan daya imaginasi tertinggi.

Comel the Kocen ialah kucing peliharaan jiran berdekatan rumah aku. Beliau sangat suka melepak di kawasan rumah aku. Setiap petang dia akan mengiau-iau mohon diberikan makanan. Dia sangatlah suka makan. Tak percaya? Tengok la badan Comel the Kocen ini.

Comel the Kocen yang bulat dan gebu!

Comel the Kocen ada mole kat badan dia. Cantik tau ini kucing!


Memandangkan Comel the Kocen ini ialah kucing jiran, mak aku tak kisah la kalau dia melepak tanpa segan silu di rumah aku. Owh, pepatah Melayu ada mengatakan, malu-malu kucing. Aku rasa Comel ni bukan salah satu watak kucing pemalu. Ini adalah kerana dia tak berapa malu datang ke rumah aku, mohon perut diisi. Kemudian, kamu tahu apa aktiviti dia? Agak tak senonoh si Comel ini.

Ooo... Dah kenyang, tidur depan pintu rumah ye!

Ooo... dah puas tidur depan pintu rumah, sambung pulak bawah meja. Siap buat aksi kuak lentang. Sangat tak senonoh Comel the Kocen!

Selalunya, dia sangat suka lepak terkangkang sambil angkat sebelah kaki. Mana datangnya malu-malu kucing tu? Aku rasa Comel the Kocen ini kucing moden. Perasan duduk bandar. Kerana itu dia kurang behave.

Walau bagaimanapun, aku yang bukan seorang 'animal lover' ini sudah suka melayan si Comel. Dia bukan la seekor kucing yang annoying. Tak pernah pulak dia mengendeng-ngendeng, bergesel-gesel nak dibelai. Setakat ni, aku approve la si Comel ini ada di rumah. Lagipun, nama pun kucing angkat. Petang-petang waktu balik kerja sahaja dia datang ke rumah. Malamnya, dia akan balik ke rumah tuan dia. Jadi mak aku pun tak runsing nak bersihkan poopoo Comel.


Seronok jugak ada Comel the Kocen di rumah. Rasa macam ada teddy bear gebu sebab suka gomol-gomol dia. Hahaha. Kesian la kau Comel. Tapi jangan risau. Aku bukan macam Petknode. InsyaAllah selamat dan terjaga la kau kat rumah aku ni. Yay! 

6 comments:

Muhammad Aliff said...

Comel, indeed. Nak upload gambar kucing jugak la nanti haha.

.FD. said...

Alep: Dia memang sangat comel. Sila la tiru I letak gambar kucing macam Comel ni. Tapi I suka Comel je. Kucing lain takut nak pegang. Nanti kena cakar.

Anonymous said...

wah...
I love cat!
I want to hug him till he sleeps...
~Wak Jotos~

.FD. said...

Wak Jotos: I am not a cat lover. But for this one, he is exceptional :)

Anonymous said...

yeah..
I can see, how cute his tail~
I want bite it!
grrr..

.FD. said...

Anon: Yup! He is fluffy. :)