August 24, 2011

Thanks a lot Kesayangan(s)!

Tengok ni...


Ada rasa nak jerit kuat-kuat, lompat tinggi-tinggi terkinja-kinja, jatuh rahang, senyum lebar-lebar nampak barisan gigi!
(nasib bulan puasa)

Rasa happy yg amat dapat jugak buku yang dah lama di tunggu-tunggu dengan penuh kesabaran. Terima kasih berjuta-juta kepada kesayangan aku, Cik S, atas hadiah paling mengujakan. Ailebiu sayangku!

Kamu mesti nak kata, "Eleh, ada apa dengan buku tu. Harap title jek kontroversi." Oho! Buku ini Cik S telah berusaha cari secara online. Siap Pos Malaysia hantar ke depan pintu office. Kamu ingat senang nak dapat buku ni? Yang pasti, Aku dah ada buku ni, Kau ada? hahahah

Seperti yang aku katakan di entry sebelum ini, ulangtahun 27 ini agak phenomenal. Tahun dapat buku itu sudah pasti. Gembira memang tak di sangkal lagi. Dapat jugak sebijik cawan comel, buku resipi dan paling epik, Handbag! Gosh!

Anak-anak mentee bagi handbag! Aku terkedu kot. Mungkin mereka mengharapkan 'mommy' mereka menjadi ayu, girlish gitu. Alahai... Aku yang sedia comot ini, yang suka letak barang merata-rata dapat handbag besar nih. Cane nak pakai? Ni kalau kenduri kawen best jugak handbag gini, boleh letak duit salam kaut seguni. Hihi. Thanks anak-anak for the gift. Mommy korang akan cuba la berubah utk sehari je demi korang. ececeh. Peringatan: SEHARI SAHAJA
(Harapan la nak berhandbag sebegitu rupa)


See... Agak besar bukan untuk aku yang comot ini. 
Nak letak ape je dalam tu?

Buku resipi Tukang Masak in the making!
Thanks to Lil Hitler!

Thanks to my students: Bopey, Sinclair 
and my twins Wae Hassae for this :)

Owh hari ni dah dapat kad yang di tunggu-tunggu. Mati-mati aku ingatkan posman dari India sana tersangkut kat laut kayuh sampan tak sampai-sampai Malaysia. Rupanye sohabat sorang ni mintak tolong kawan dia dok Kuantan yang pos. Super comel kan kad ni!!!

Ececeh. Singa Laut itu super comel yek Tuan Doktor. Ada masa pulak kamu buat sendiri kad ni ye?
♥ you too ^_^


Siap dah ada cop UD41. hihi... Rasa macam baru je semalam aku kenal kamu. Tak sedar jadi doktor dah kamu kan? Aku pun ade cop jugak. Tunggu la balasan cop dari aku. Nasib cop warden takde dah. Kalau tak, memang belambak cop aku boleh bagi kat kamu Encik Halim. =p

Ada lagi few things yang dapat. Tak sempat nak bergambar-gambaran. Tapi tetap rasa syukur kerana ingatan kamu semua. Rasa di sayangi lah. (blushing)


I am extremely happy to have you guys in my life. Walaupun bagi buku, bagi kad hand-made, segala sms, FB's wall comment etc. Ingatan dan doa kamu memang sangat-sangat bermakna. Moga Allah beri kebahagiaan ke atas kamu seperti mana kamu kongsi kasih sayang kamu dengan aku.

Thanks a lot to you guys, My Kesayangan(s)!!!


Image for the recipe book was taken from here:
http://ptsmillennia.com.my/index.php/buku/1-hari-1-resipi-365-resipi-istimewa-chef-hanieliza/

No comments: