August 11, 2011
Dugaan Ramadhan 1432
Hari ini ialah hari pertama tingkap ini di buka seluas-luasnya!
Sepanjang 2 tahun setengah aku bekerja di sini, belum pernah lagi aktiviti membuka tingkap ini berlaku.
Jadi... Hari ini dalam sejarah!
Mengapa???
Kerana...
Air-cond ofis ini telah rosak semalam dan ia akan hanya diperbaiki pada tengah hari ini. Owh... cukup mencabar ye. Kelas semestinya tidak ber'air-cond'. Kononnya kalau naik ke ofis dapat la menyejukkan hati yang agak menggelegak ekoran perangai anak-anak yang mencabar iman. Apabila masalah air-cond ini melanda, makanya kami penduduk tingkat 3 ini, akan menempuh dugaan bertimpa-timpa. Moga diberikan kesabaran yang lebih tebal yek kawan-kawan. Ber'sauna' berjemaah la nampaknya kita hari ini.
Apepun, cantik jugak pemandangan kolej ni yek?
Tak ku sangka-sangka. hihi
P/s: Hari ini ulangtahun Aboh awok yang ke 54. Awok ngucapkan selamat harijadi kepada Aboh awok. Moga panjang umor, muroh rejeki melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik. Petang kang la awok bagi hadioh ye aboh. Buleh aboh ckp "Ate, bior le awok nengok ape ke hadiohnye.." haha. Lurve u a lot Aboh! ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment