June 06, 2011

iPad2 punya cerita!

Sapa tak mau iPad2 kan?
Jangan kan kata iPad2, iPhone4 waima iPhone5 sekalipun (kalau keluar la iPhone5 tu)
Payah nak jumpa manusia yang berkata TIDAK kepada menatang-menatang ini.

Aku jugak tergolong dalam golongan manusia yang sukar berkata TIDAK kepada 'syurga' dunia itu
Andai kata aku dapat iPad2 tu, jangan kan kata dapat, dengar ada orang nak bagi pun aku sudah terkinja-kinja meloncat-loncat kegembiraan tanpa mengira lutut aku yang expired itu. Semestinya mata aku bercahaya-cahaya bersinar-sinar memancor-mancor. Punya la kemaruk mahu iPad2.

Aku sampai berangan-angan (aktiviti biasa bagi gadis bujang. kahkahkah)
Andai kata aku ditakdirkan berkahwin, aku mahu hantaran aku iPad2.
Paling-paling pun iPhone.
Ye!
Aku memang GILA. Jangan contohi aku.
Kalau contohi jugak, alamatnya berjemaah la kita ke lembah napsu tak sedor diri.
Ni pesanan penaja.

Tapi...

Rupa-rupanya, aku tak cukup GILA. Ada lagi orang lagi GILA!

Aku baca di blog ini.

Seorang remaja sanggup jual sebelah buah pinggang untuk dapat wang tunai lebih kurang RM9000 untuk beli iPad2 dan jugak iPhone.

Mak aiiii...
Hilang buah pinggang pun takpe kan adek manesss.
Buah pinggang tu memang boleh ganti dengan buah 'Apple' dua bijik yang kau beli tu.
Terbaik!
Setakat sebelah buah pinggang, ape ade hal, ye tak???

Nanti kalau kencing kau tak lawas, boleh pulak kau jual balik buah 'Apple' kau tu buat beli buah pinggang baru kan kan kan???

Kamu ni memang cukup CERODIK bak kata orang Perak!

Aku baca cerita ni, aku pulak takut sendiri. Ada je kawan-kawan aku yang gila gadget ni. Harap-harap jangan la sampai buat macam tu. Kang aku jugak 'Teroyak' berbaldi-baldi tepi katil hospital mengenangkan naseb sohabat aku tu.Jadi janganlah buat aku 'teroyak' begitu rupa. Buruk benor rupenye.

Memandangkan aku yang kurang berkemampuan ini, tak beli iPad2 pun takpe.
Jom la pi beli buah Apple selonggok RM10!


Yang ni murah sikit, RM6.00 dapat sepuluh bijik.
Murah lagi dari 'Apple' yang dua tu.

Gambo di ambil dari blog: http://14sept.blogspot.com/2009/01/pasar-malam-taman-u.html


p/s: Kepada bakal jodoh saya di mana jua anda berada, saya nak iPad2 ye. pleaseeeeee... *Wink Wink* 
[buat muka comel sikit... tak kawen la kau macam ni fomfuan! HAHAHA]

No comments: