June 22, 2011

Iklan 18 tahun ke atas?

Cuti tak lama lagi akan habis.
Sepanjang cuti, menonton TV memang rutin wajib. Tak pernah terkecuali.

Seperti biasa, iklan memang sentiasa ada di TV.
Tapi aku paling rasa 'annoyed' dengan iklan tuala wanita.
Ce kamu teka sebab apa?

Aku tak nampak kepentingan untuk kau buat simulasi sekeping tuala wanita di khalayak ramai.
Masa aku kecik-kecik, aku tak rasa iklan tuala wanita begitu 'open' sekali sampai tahap macam sekarang.
Siap tunjuk bagaimana rupa sekeping tuala wanita.
Dah macam iklan lampin pakai buang.

Serius benda ini memang berjaya buat aku rasa nak tanya soalan bertubi-tubi
Pentingkah untuk tunjukkan menatang itu?
Kalau penting...

Kenapa tak pernah pulak keluar iklan tunjuk lampin pakai buang untuk orang dewasa yang tunjukkan macam mana rupa lampin tu?
Setakat tunjuk situasi satu keluarga yang ada beberapa warga emas yang nampak gembira...
Owh... tak cukup 'authentic' kan?
Kenapa tak pernah pulak keluar iklan tunjuk bagaimana rupanya kondom?
Hmmm... kalau keluar iklan itu mesti dikecam hebat kan?
Nanti anak-anak tanya benda tu apa? Kena pakai ke? Nak pakai macam mana?
Berpeluh pulak nak menjawab kan?

Yela... Zaman dah moden. Dunia dah maju.
Tuala wanita pun dah ada yang colourful.
Takde colour nanti tak ceria pulak kan kan kan?

*geleng-geleng kepala rasa confuse*

No comments: