June 01, 2011

Sari Berita Penting

Aku sedang bermain ‘Burung Marah’ di Lappy. 
Sambil itu, di TV ada Berita 1.30.

Aku sememangnya kurang ambil kisah tentang berita kerana lazimnya ceritanya hampir sama. Lemas!

Kemudian tiba-tiba keluar beberapa berita kurang sopan!

1)      Bayi dicampak dari tingkat 5
Aku ternganga menonton berita ketika cerita ini disiarkan. Ape ke neraka boleh campak baby baru lahir dari Tingkat 5? Waras ke tak kamu ni? Cuba kalau aku campak pulak kau dari KLCC. Baru kau tahu berkecai ke tak badan kau. Saksi yang terjumpa baby tu mula-mula ingatkan anak patung. Bila dah periksa, baru tau itu baby. Macam mana boleh sanggup campak baby? Budak kecik tak tau apa, yang baru lahir, yang comel suci murni tak dak cacat cela tu kau boleh campak sesuka hatinya. Memang super tak dak hati perut manusia macam nih.

2)      Lori beras terbalik berhampiran RnR Sg Buloh
Ha! Hari tu kes lori terbalik bawak syiling. Yang ni bawak beras pulak. Yang paling best, orang pakat-pakat pi kutip beras kat highway tu. Mak aiii... Nampak nau kamu tak pikir haram halal beras tu kan? Senang-senang je main kutip. Patut sangat la ramai je manusia perangai agak jahanam. Unsur pemakanan pun salah satu punca. Kau pakai topeng ke ape time kutip beras tu? Boleh pulak kau stop kejap tengah-tengah highway semata-mata nak kutip beras kan? Nasib takde trailer langgar kau sekali. Time tu baru ada nama beras berdarah. Boleh geng dengan beras terbakar kat Langkawi sana.

3)      Iklan tentang Elektrik
Aku tersenyum penuh sinis bila tengok iklan ni. Siap bagi maklumat kepada rakyat tentang kekurangan arang batu sebagai sumber tenaga bla bla bla. Well, seperti yang aku katakan aku kurang amik ‘port’ tentang perkara-perkara begini. Almaklumlah, tariff elektrik naik. So... What do you expect? Harus la buat kempen kesedaran. (Tiba-tiba aku rasa mahu ketawa). Apa-apa jela derrrr. Kalau semua harga pun nak naik, berapa sen je tinggal gaji ni? Aku yang bujang ni takpe la jugak. Bayangkan orang yang berkeluarga, anak ramai. Minyak naik. Gula naik. Segala benda harga pun nak naik. Mungkin juga sebab itu, ada yang sanggup kutip beras di highway kan? (Chewah... Ni omputih kata Correlation).

Ni je berita yang menarik perhatian. Yang lain tu, lebih kepada dengar tak dengar saja.

Ignorance is bliss right?


nota kaki :
Takziah kepada sahabat baik saya, Tip, atas pemergian arwah ibu beliau. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin... Al-Fatihah.
 

No comments: