June 08, 2011

Bab 1: Sejarah Penubuhan X-Men

Hari ini aku telah buat Majlis Pijak Tanah dengan adik-adik. Pergi layan movie di Jaya Jusco.
Tengok cerita apa?

Haruslah 
X-Men: First Class!

Patutnya aku masuk sekolah ni dulu.

Aku SUPER SUKA action movie macam X-Men ni. Tu tak termasuk lagi Transformers, Fast & Furious bla bla bla. Semestinya aku cukup fokus.

Encik James McAvoy aka Prof Charles Xavier reminds me of my Chenta Hati – Encik Oezil!
Serius muka ada iras kot. Comel!



See! Sama kan! (alahai... encik chenta)

Ada satu karakter yang berjaya menarik perhatian. BEAST!

Ye. Beast sebenarnya good-looking.
But the best thing is He is Genius!
Genius is Sexy!
Nicholas Hoult suddenly managed to make me melting! Pelik. Dalam Skins, dia amatlah menyakitkan hati. Tak sangka pulak dalam X-Men ni jadi sweet amat. Owh.. kamu tak tau ‘Skins’ tu apa? Google sendiri ye.

Wolverine dalam movie ni ada la keluar dalam satu scene sahaja. Tapi walaupun satu scene, dia tetap cool! Haihhhh... Memang terbaik!

Lepas tengok movie ni, aku juga teringin menjadi mutant!
Mutant and proud!
Aku pun dah sedia pelik sekarang. Elok sangat la masuk sekolah Xavier tu. Yuran berapa ye Prof? Dapat hostel kan? Bulan-bulan dapat elaun tak sebab protect negara?

Aku nak ada kuasa telepathy jugak. Senang nak baca fikiran students aku. Agak-agak berkelakuan kojaq, aku nak bertukar jadi Resakse. Tak dilupakan, nak jugak kuasa nampak masa depan. Senang sikit. Boleh aku tengok students aku konvo ke tak. Hahahaha (ye.. bunyinya agak keji di situ. Oppsss Maafkan saya)

Overall, it is highly recommended for you to watch this movie. Semua best. Tak rugi bayar lebih. Memang FIRST CLASS!
Aku dah khatam Sejarah Penubuhan X-Men ni. Kamu bila lagi? hihi.

Tapi audience belakang aku tadi cukup menjengkelkan!

I should call him Mr. X-Men’s Lunatic. Semua benda pun dia nak komen. Cakap kuat-kuat pulak tu, burping kuat-kuat jugak! Siap tak reti duduk diam, dok tendang-tendang seat. Semua orang pun bayar harga sama encik! Agak-agak nak cakap non-stop kuat-kuat, tak payah tengok movie la encik. Ni common sense je kot. Agak senseless jugak kamu yek?

Itu dia segment lepas geram. Membebel kalah Kiah Propa. Hahaha.

That’s all for now. Mau tido awal. Esok nak jumpa angels di KL.
Layan movie lain pulak!
Yay!

Credit to these sites for the photos.
http://www.hollywoodreporter.com/news/6-facts-x-men-first-194450
http://www.1000goals.com/oezili-havent-spoken-to-any-club-over-a-move/mesut-oezil
http://guyswithglasses.tumblr.com/post/3866675446/nicholas-hoult

No comments: