Lumrah jadi manusia
sentiasa Salah dan Lupa
setelah di buat dosa
Maka datang rasa penyesalan
Penyesalan yang bergunung tinggi
Ada juga...
Melakukan kesalahan yang sama
Apa kamu tidak belajar?
Apa kamu tidak menyesal?
Atas kebodohan kamu dahulu...
Atas kelalaian kamu sebagai Hamba-Nya
Apa kamu tidak fikirkan DOSA?
Apa kamu tidak fikirkan NERAKA?
Owh.. Kamu LUPA!
Bodohkah kamu?
Entah... Aku tidak tahu.
Syurga Neraka bukan di tangan aku untuk menilai
Tapi mengapa perlu lakukan salah yang sama?
Hah!
Kamu tewas diulit nafsu!
Kamu biar syaitan kuasai kamu!
Iman kamu ada di mana?
Akal kamu melayang ke mana?
Tolonglah...
Jangan zalimi diri kamu lagi
Jangan biar dosa itu selimut kamu lagi
Kembalilah kepada Tuhan kamu yang Agung
Kembalilah ke jalan yang lurus
Sucikan diri
Sucikan hati
Dari semua lumpur DOSA yang terpalit di tubuh kamu
Tanpa Redha-Nya
Kamu bukan siapa-siapa di dunia fana ini...
Sedarlah...
Selagi mana pintu taubat itu masih terbuka untuk kamu...
Jangan tunggu esok
Kerana ia belum tentu ada untuk kamu.
No comments:
Post a Comment