Jika jodoh itu mudah
Sudah pasti aku tidak di sini
Jika Cinta itu indah
aku pasti mahu bercinta lagi!
Malangnya...
Realiti tetap kejam
Menikam jiwa kudus
Tinggal parut yang tidak sembuh
Maaf
Itu semua terlalu idealistik bagi aku
Aku tidak perlu hidup dengan harapan olok-olok.
Jika Cinta itu indah...
Aku tidak perlu di suruh untuk telan kemanisan
Kasihan...
Cinta itu tidak indah pada aku
Kerana aku terus berlari
dan
berpaling darinya.
No comments:
Post a Comment