May 30, 2011

Biarkan Aku

Aku hampir lelah dengan dunia
Hampir tersungkur rebah
Melutut memandang langit
Mohon belas ehsan Sang Agung.

Aku hampir tewas ditelan dunia
Hampir tersembam menyembah bumi
Di paksi kebenaran atau kemungkaran
Aku juga tidak pasti...

Aku lelah memujuk hati
Letih menjaga hati
Penat berkorban diri
Jatuh tersungkur lagi

Aku hampir bosan dengan dunia
kerana ini bukan dunia aku
aku dan kamu
Liga kita tidak sama
Cara juga berbeza
Ideologi tidak seiring
Makanya aku tumpas berhempas pulas
Menjaga sekeping hati hak milik aku yang mutlak

Beri ruang untuk aku bernafas
Melepas lelah
Melepas amarah

Beri ruang untuk aku hidup dengan cara aku
Beri aku jadi aku
Kerana aku juga tidak perlu kamu untuk menjadi aku
Aku biar kamu bebas terbang membelah awan
Kerana aku juga mahu kamu biar aku bebas berlari ke langit.

Aku usaha memujuk hati
Walau lelah hampir melumpuhkan aku
Semangat aku hilang dibawa pergi

Lantas...
Jadilah aku...
Jiwa kosong tanpa nyawa
Kerana semua itu sudah tiada.

Biarkan aku begini.
Biarkan aku dengan dunia aku
Hitam atau putih itu hak aku
Biarkan aku
Biarkan aku


Tolong biarkan aku.

No comments: