Kadang-kadang kamu rasa kamu cukup kenal siapa diri kamu.
Tapi sebenarnya ada kemungkinan kamu terlepas pandang
Kadang-kadang bagus jugak kamu kenal-kenal ramai orang
sebab...
Dari perkenalan itu, kamu jugak belajar tentang diri kamu.
Kalau kamu tanya aku, aku serius rasa aku sedang belajar tentang diri sendiri.
Seronok jugak kenal diri sendiri.
Evaluate diri sendiri.
Fahami diri sendiri.
Cool!
Mungkin sebelum ini kamu rasa kamu sangat perlukan seseorang
Tapi rupa-rupanya kamu boleh je hidup sendiri
Bahkan, kamu boleh sangat-sangat berdikari
Kamu tu tak la hopeless sangat
Kamu masih boleh survive!
Mungkin pandangan orang nampak kamu macam budak mengada-ngada, manja semacam
tapi selepas kamu cuba belajar tentang diri kamu...
Kamu takde la manja mana pon.
Aku rasa kamu ni boleh tahan Rebellious!
Kadang-kadang boleh tahan jugak kamu curse dalam hati. Super kelakar!
Boleh tahan jugak kamu melawan.
Pandangan mereka tu yang silap.
Mata kadang-kadang boleh tertipu jugak kan?
Mungkin sebelum ini kamu rasa kamu lembut hati
Banyak menurut dari membangkang
tapi selepas kamu kenal diri kamu
Kamu degil jugak sebenarnya
Apa yang orang suruh, Itu la yang paling benci kamu nak buat
Apa yang orang tak suruh, kamu boleh je buat dengan rela hati.
Kesian orang yang suruh kamu itu ini.
Makan hati la nampaknya.
Sekarang ni aku tahu kamu rimas dengan dunia
kamu rimas dengan suasana sekeliling
Kamu rimas dengan hidup
Kasihan kamu
Sampai demam kamu pikir masalah
Tabahlah kamu!
Banyak-banyak la solat hajat, mohon dijauhkan dari bala.
Mencabar jugak dugaan hidup kamu dua tiga menjak ni.
Rupanya...
Complicated jugak kamu ni ye?
Menarik! Hahaha
No comments:
Post a Comment