March 21, 2011

Tarikh Keramat!

Kadang-kadang aku rasa aku busy mengalahkan wakil rakyat
(owh ye. aku memang berkhidmat untuk rakyat)
busy bukan bermakna busy body
busy bukan bermakna aku sedang terhendap di celahan kain orang
ini 'Literally' busy!

'Organizer' aku penuh!
Tarikh ini untuk submit assignment
Tarikh itu untuk buat test student
Tarikh yang nun untuk balik kampung
Tarikh yang tu kena menghadiri walimatulurus kawan
Berbagai-bagai... ish ish ish

tapi tak sangka pulak tarikh 23/3/2011 adalah satu tarikh yang 'panas'!

Aku ada 3 pilihan aktiviti yang boleh dibuat pada tarikh keramat tu!

SATU!


Lawatan Jabatan ke Parlimen!
Menarik ni. Tahun lepas dah pegi. nak pegi lagi..... Nak Nak Nak!!!

DUA!

http://www.jocelynarsenault.com/how-to-kill-office-productivity

 Mesyuarat di HQ KL!
Ini panggilan secara tiba-tiba. Walaupun bunyinya kurang menarik tetapi apabila dapat jumpa kawan2 kerja di tempat lama, lepak dalam bilik meeting pon rasa macam dalam sorga!
Macam bonga-bonga chenta!

TIGA!
http://lovelysyirae.blogspot.com/2011/03/salam.html
Teman adik ambil result!
Ni lagi menarik. boleh nangis-nangis berhingus-hingusan sambil nyanyi lagu "Pesan abang"
anda boleh refer entry yang ni tentang kesayangan aku nih.


Jadi... Nampak gayanya, di antara semua pilihan yang ada, No.2 berkemungkinan besar menjadi pojaan hatiku! 
(tak poja pon buat2 poja la)
Walau ada rasa nak ke parlimen lagi, tapi mungkin lalu saja di jalan parlimen sambil melambai-lambaikan tangan ala-ala miss world.


Tunggu la aku betul-betul jadi wakil rakyat!
Jangankan kata masuk Parlimen, muka masuk newspaper terus!

No comments: