March 09, 2011

Sumpahan ke???

owh... aku tercedera hari ini
cedera kaki.
kaki sebelah kiri... (sambil menahan kesakitan urat)
mungkin kerana aku terlalu bergumbira
maka aku dicederakan sedikit
orang tua-tua selalu kata...
"  Jangan suka sangat, nanti menangis."

Ha!
Padan dengan muka
tak la nangis tapi ketawa dalam dok tahan nak menangis...kihkihkih

Apa berlaku?
Pagi tadi selepas menggosok baju, aku berjalan keluar dari bilik iron. biasalah, baru lepas mandi mesti ada air yang menitik dan tak dilupakan semburan2 kanji yang disembur ke tudung, ada juga terpercik ke lantai. ketika on the way keluar dari bilik...


aku tergelincir dan terus duduk bersimpuh... (jatuh2 pon dramatik jugak... Sopan sungguh)
sambil memegang kaki yang hampir terseliuh.

Sakit!
macam mana nak p kerja hari ini?
Naseb dalam 5 minit lepas jatuh, aku mampu berdiri + p kerja macam biasa

masalahnya...

apsal sekarang ni kaki rasa sengal2 macam sakit urat?
ni mesti kena p urut
adoyai.... aku kurang gemar part nak urut ni sebab aku akan jerit tahap histeria. dan sekiranya aku histeria aku hanya mahu Asyraf Muslim saja yang membantu. Ulang suara, ASYRAF MUSLIM sahaja. kihkihkih.

kenapa perlu sakit kaki kiri?
kenapa tidak kaki kanan yang memang expired ini???

setelah di analisa...
hampir separuh tubuh aku telah mengalami kecederaan yang agak permanent.
semua kerana komitmen selaku pemain bola tampar fakulti...

Lutut kanan telah expired kerana terkehel bermain bola tampar
ibu jari dan beberapa jari pernah terkepak ketika ingin spike bola tampar
dan yang paling dramatik...

Hidung hampir patah di tampar pemain bola tampar!
(mamat yang bertanggungjawab menampar itu telah menjadi doktor sekarang. dia kata nak buat plastic surgery kat hidung aku...haha)

dan sekarang...

Kaki kanan pulak...
tapi kali ini tiada kaitan dengan bola tampar.

tapi ada jugak aku terfikir...





ADAKAH INI SUMPAHAN BOLA TAMPAR?

(padan la muka kau.. dulu degil. mak tak bagi dah main bola tampar. ko nak jugak. terima la balasan!)

No comments: