(soalan ini memang serius mencemaskan)
"Bila lagi Miss? dah lama kami mengidam nak makan nasi minyak Miss."
Owh...
Mengidam rupanya. Mengalahkan ibu mengandung je mereka-mereka ni.
dan selalunya jawapan aku adalah standard,
"ooo... Pasar Malam kan ada jual nasi minyak. Jom nanti kita pi makan sama2".
Aku tak berani memberi variasi kepada jawapan aku itu
contohnya:
"Ala.. I tak dak calon la. Boleh you carikan?"
Jawapan ini maknanya menjerat diri sendiri kerana mereka pasti teruja mencari calon untuk aku. *adoi*
Soalan Cepu Cemas ini bukan sahaja di tanya oleh students
Rakan sekerja
Saudara mara
Adik perempuan (kepochi sikit nih) selalu bertanya
tapi jarang sekali nak dengar mak abah tanya soalan berkenaan.
Baguslah. Aku rasa mak abah memahami.
Pelik bukan?
sedangkan mak abah sendiri tidak terlalu runsing memikirkan anak yang tidak bertemu pasangan ini
orang lain yang terlebih sudu.
tapi aku tidak kisah.
mereka tidak tahu kisah aku.
Biarkan saja...
tapi hati cukup panas andai saudara sendiri yang berbunyi
"Cari la pengganti. Sampai bila kamu nak macam ni? Sudah-sudahlah tu. Bukak buku baru. Mula hidup baru. Kamu yang memilih sangat tak. Bla bla bla~~"
![]() |
credit to: http://mazrul.wordpress.com/2010/05/04/nak-ke-taknak-je/ for the picture. |
Relax sudah. Tak perlu menyakitkan hati.
Zaman ini susah mahu mencari hati kudus yang suci dan polos
tambahan pula aku bukan seorang perempuan melayu tipikal
bukan semua orang boleh terima dan memahami.
Jadi...
kepada students sekalian
rakan-rakan
dan sewaktu dengannya...
Bersabarlah.
janji Allah itu pasti. Akan sampai masanya nanti.
Pencarian hati kudus ini bukan mudah.
Perlu masa untuk jumpa si pemegang password hati saya yang berkunci menggunakan password thumbprint ni. susah nak jumpa kot.
sekarang ni,
baik mereka bersyukur aku masih single
kalau tak single, belum tentu aku boleh menjadi seperti aku sekarang
tak dapat la nak bergurau senda macam selalu wahai anak-anak
kalau dah ada hubby, kena behave. kuikuikui
kang korang jugak menyesal tak sudah Miss korang tak macam selalu. HAHAHAHA (gelak agak keji di situ)
![]() |
credit to: http://xkcd.com/17/ for the picture. I felt the same way... |
2 comments:
ehem ehem
perlu ke ehem ehem? bweekkkk =p
Post a Comment