![]() | ||
| taken from: http://yeskarthi.wordpress.com/2008/02/12/the-road-not-taken/ |
Hidup punya pilihan
sama ada mahu pilih kiri atau kanan
hitam atau putih
baik atau jahat...
Sama sahaja...
Pilihan mahu buat kerja sekarang atau tangguh dahulu
Mahu belajar atau pergi berpoya-poya
Mahu menuju jalan kehancuran atau jalan yang lurus
tetapi setiap pilihan akan ada implikasi
maka jika itu pilihan kamu
seharusnya kamu sudah sedia untuk terima apa saja
sama saja dengan aku
aku pilih jadi diri sendiri
tidak peduli pandangan serong orang
tidak peduli mulut herot orang mengata
mungkin ada yang kata aku terlalu baik dengan students
Ya. itu benar.
tapi aku tahu batas aku.
Aku sudah tahu lama dulu sebelum aku menggenggam segulung 'kertas' itu
Andai mata kamu pedih melihat aku bersama students
Apa kata kamu gunakan saja RayBan?
mungkin itu mampu menapis silau dan sinar UV
Aku tahu sapa aku
Aku tahu apa yang aku lakukan
Aku tidak 'bias'
semua 'anak-anak' aku anggap sama
tiada siapa yang mendapat layanan luar biasa
tidak kira samada mereka lelaki atau perempuan
tidak kira samada mereka lebih tua atau lebih muda
perhatian sama saja
tidak lebih dan tidak kurang.
Maka tidak perlulah kamu berprasangka
kerana rasa itu akan menjahanamkan kamu
Jika hati kamu terdetik rasa itu
Berbaliklah kepada Tuhan.
Aku hanya menjadi aku
Matlamat kita sama
Kiblat kita sama
cuma...
Cara kita berbeza
dan berbeza itu bukan selalunya bermaksud negatif kan? ♥

No comments:
Post a Comment