February 14, 2011

Pokok Kesihatan?

Cik S kurang sihat hari ini. selaku seorang kawan yang teramat concern dengan tahap kesihatan beliau, aku berani skip meeting demi menghantar Cik S ke klinik.

sambil menunggu turn Cik S berjumpa Puan Doktor, kami asek observe sekeliling klinik.
lantas, kami terjumpa ini di dinding klinik.



"POKOK KESIHATAN!" 
(macam Doraemon cakap)

penah tengok POKOK KESIHATAN ni?

setelah aku analyze pokok kesihatan ini, aku telah hampir pasti kenapa aku rajin sakit.

sudah semestinya aku kurang berfikiran positif

tapi penyebab utama kesakitan mental nih adalah kerana akar2 pokok kesihatan aku kurang lengkap!

Kemahiran hidup = kurang mahir memasak maka kurang la living skill. OUT!

Kejujuran = aku rasa aku jujur tapi berkoyan-koyan manusia yang kurang jujur dgn aku. OUT!

Sokongan Sosial = aku kurang pasti bab nih. kalau sosial dari segi 'couple' mmg harap maap. OUT!

Kasih sayang = alhamdulillah dikurniakan keluarga yg mencinta. hehehe. 

Tanggungjawab = dah sampai terlebih2 sampai tak terpikul. mampu memngundang stress.

Persahabatan = owh.. sahabat2 saya super best! memang happy.

Penyayang = hati saya memang seperti gula-gula kapas berwarna merah jambu. sayang sangat! haha

Nilai Moral & Agama = insyaAllah yang ni ok.

so.. bayangkanlah.... (sila amek mood bayangan...)

macam mana nak mencapai kesihatan mental kalau yang akar pon tak complete?
pastu ade hati pulak tu nak menghasilkan buah-buah bentuk macam tu.



Patut la asek sakit jek. ade masalah akar rupenya.
Agak-agak kalau minum tongkat ali, boleh heal tak???

No comments: