February 24, 2011

Ceti yang lupa diri

hari ini gaji.
ye gaji.

ape perasaan?
ok.

seronokkah?
mula-mula rasa bersyukur, alhamdulillah
kemudian rasa seronok
seronok la jugak
akhirnya, tiada lagi istilah maggie hari-hari...hehe

kaya ini hanya wujud tak sampai 5minit.
kerana di minit-minit seterusnya
kekayaan itu akan lesap, lenyap begitu saja
melangsaikan segala mak nenek hutang piutang yang bergunung ganang
menerima balasan kerana terlalu ikutkan nafsu
padan muka! haha

tetapi...

kali ini aku kaya lebih dari 5minit!
OMG... betul ke ni?

Ye. memang betul.

Macam mana boleh jadi macam tu???

Kerana.....:

a) Internet berkelajuan 5km/j
b) maybank2u hang dan menjadi super annoying kerana aku telah login lebih sepuluh kali demi membayar segala bil-bil itu.

oleh yang demikian...

buat masa ini, aku masih kaya
ceti sedang relax
'Hang' out kedai kopi
mengabaikan tugas hakiki utk mengutip hutang aku buat masa ini.

tahniah ceti!
Anda memang terbaik dari ladang!
Terima kasih kerana berikan harapan dusta kepada saya!

No comments: