Hatinya tamak haloba
Dia sentiasa dahaga
Mahu cinta di mana-mana
Suatu waktu
Dia ketemu
Seorang gadis naif
Maka dipujuk rayu
Diberi janji sumpah
Dihidang pada si gadis
Cinta yang tak kekal
Setia yang janggal
Dan jadilah gadis itu
Perempuan simpanan
Untuk jejaka
Yang sentiasa dahaga
Yang hanya berkunjung menjenguk
Kala perlu, kala mahu, kala rindu
Dan gadis masih dungu
Menunggu dia yang telah berjanji segala
Yang bakal mengheret jiwa
Ke daerah durjana
Wahai gadis
Celiklah
Bangunlah
Sedarlah
Selamatkan diri
Lari!
Lekas lari!
Dia bakal membunuhmu!
Jangan lagi ditunggu.
JANGAN!
Dia bakal membunuhmu!
Jangan lagi ditunggu.
JANGAN!
No comments:
Post a Comment